Daerah Muar sebagai satu-satunya daerah yang meliputi seluruh kawasan yang sebelumnya bersempadan dengan Melaka di bahagian utara. Setelah menaik taraf daerah Tangkak (sebelumnya Ledang), daerah Muar sekarang hanya mencakupi wilayah di selatan Sungai Muar, sementara wilayah utara di luar sungai berada dalam daerah Tangkak.
Daerah Muar dahulunya meliputi 2346,12 km2, dengan jumlah penduduk hampir 330,000. Bandar Muar terletak di muara Sungai Muar.
Muar adalah salah satu bandar paling bersih di Asia Tenggara, pernah dianugerahkan Asean Clean Tourist City Standard Award 2017.
Muar terkenal di peringkat antarabangsa sebagai hab industri perabot di Malaysia. Kawasan perindustrian di daerah Muar terletak di Tanjung Agas, Bukit Bakri, Jorak, Parit Bakar, Pagoh dan Tangkak.
Terdapat tiga kilang besar
syarikat multinasional, iaitu STMicroelectronics, Micron Technology dan Pioneer
Corporation di Tanjung Agas.
Bandar ini mempunyai banyak aktiviti perniagaan dan perdagangan, dengan banyak kedai tradisional Cina yang menawarkan pelbagai produk dengan harga yang berpatutan dan menarik.
Pertanian di daerah Muar
terutamanya terdiri daripada tanaman getah dan kelapa sawit selain kelapa,
koko, durian, rambutan, duku, manggis, pisang, betik, nanas, buah naga,
sayur-sayuran dan ternakan, ternakan unggas dan ikan.
Industri tangkapan hasil laut oleh
nelayan dan aktiviti memancing adalah sebahagian ekonomi terutama di beberapa
perkampungan nelayan seperti Parit Jawa, Parit Raja, Parit Tiram, dan Kesang.
Muo juga merupakan syurga
makanan lazat bagi pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar
negeri. Antara makanan menjadi trademark
muo ialah mi bandung muo, sate muo, lontong muo, asam pedas muo, beriani muo,
dan banyak lagi.
Muo juga dikenali sebagai destinasi pelancongan. Banyak tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat menarik boleh dikunjungi. Tempat penginapan seperti homestay, hotel dan resort juga banyak terdapat di sini. Selamat datang ke Daerah Muo Bandar Diraja bandar Maharani.
No comments:
Post a Comment