Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong
pengusaha pokok semaian, En Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri
menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan replika dinosaur yang
ditempah khas dari China. En Heng membina
taman ini kerana mahu memberi peluang
kepada orang ramai membawa anak-anak mereka berhibur di taman ini.
Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai
Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang
tertarik dengan keunikan taman tersebut.
Para pengunjung yang ingin datang melawat Jurassic Park Garden tidak dikenakan sebarang
bayaran dan kehadiran orang ramai sentiasa
dialu-alukan oleh pemilik taman ini.
Donhu Jurrasic Garden
Lokasi: Lot 9912 Pintasan Muar Sabak Awor
Buka setiap hari 10.00 pagi-6.30 ptg
Tutup hari Rabu
Bayaran masuk percuma
3 Comments