Beras basmathi adalah antara jenis
beras berkualiti walaupun harganya memang mahal tetapi amat berbaloi kerana
rasanya enak, berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Oleh itu jika anda mahu memasak beras jenis
ini, anda kena ikut cara yang betul supaya beras yang dimasak sekata dan beras
yang panjang tidak mudah patah.
Apabila menggunakan beras
basmathi, cara memasaknya tidak sama dengan memasak beras biasa. Ramai yang
mengeluh kerana hasil percubaan kali pertama menggunakan beras basmathi
‘kurang’ menjadi. Berikut cara masak
beras basmathi supaya nasi menjadi lebih lembut, berderai dan masak sekata
seperti disalin dari berbagai sumber;
1. Basuh beras hingga bersih
dan rendam selama 20 minit dalam air yg diletakkan dengan sedikit garam. Kalau
tidak direndam nanti hasilnya nasi tidak cukup lembut dan keras bila sejuk
serta tak sepanjang yang dilihat didalam iklan produk.
2. Sukatan air nisbah 1 cawan
beras bersamaan 1 setengah cawan air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi
apa yang kita nak dimasak.
3. Perkara penting yang harus
diingat, panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih barulah masukkan beras.
4. Kacau beras semasa air
masih banyak, jika sudah kering kacau sekali saja untuk mengelakkan beras patah
Pastikan mengacau beras yang
sedang dimasak hanya apabila airnya masih banyak. Apabila cecairnya telah
mengering, elakkan mengacau kerana beras akan mudah patah.
Sekiranya memasak menggunakan
api dapur, pastikan api dapur dikecilkan setelah air kering dan periuk ditutup
rapat untuk mengelakkan wap keluar.
Biarkan nasi yang telah masak
selama 5 – 10 minit sebelum membuka tudung periuk dan kacau nasi.
Karih ketika nasi masih panas,
sekiranya telah sejuk, nasi akan mula bergumpal dan melekat. Tekstur nasi akan
menjadi cantik dan berderai sebutir-sebutir dengan elok.
Karih nasi dari tepi periuk
dan angkat ke tengah, lakukan dengan perlahan-lahan. Ini kerana, kalau kita
buat kelam-kabut, nasi yang lembut akan mudah patah. Kalau ada sudip macam
garpu besar lebih elok digunakan.
5. Untuk mewarnakan nasi
tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap barulah kacau rata.
1 comment:
Terima kasih diatas perkongsian berguna ni.
Post a Comment