Subscribe Us

Umur 6 Tahun & Dah Dapat Adik Pun Masih Nak Menyusu Ibu Lagi

Yorkshire-  Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang anak yang sudah berumur 6 tahun masih lagi menyusu badan. Begitulah yang terjadi ke atas seorang ibu muda, Amanda Hurst, 29, tinggal di Selatan Hemingfield terpaksa menyusukan bayinya yang berusia 5 bulan bersama anak sulungnya yang berusia 6 tahun.  Jonathan, 6 tahun masih enggan bercerai susu ibu walaupun dia sudah mempunyai adik kecil. Sejak berumur 3 tahun ibunya sudah mencuba untuk memisahkan Jonathan daripada susu ibunya tetapi dia enggan. Sifat kasih sayang ibu yang mendalam terhadap anak membawa Amanda Hurst terus menyusukan Jonathan sehingga sekarang. Oh tidak... :)
Happy family: Amanda is glad her and her sons can enjoy the benefits of breastfeeding, such as it being a healthy option for mother and child
Bagaimana pula dengan anak anda?. Sebaik-baiknya seorang anak harus bercerai susu ibu ketika berumur dua tahun. Selepas dua tahun anda harus berusaha melatih anak anda supaya memisahkan diri dengan susu ibu. Pada ketika ini anak yang sudah berumur lebih 2 tahun mampu memakan makanan yang pejal serta memerlukan jumlah pemakanan lebih untuk membesar.  Walaubagaimanapun sekiranya anak anda enggan bercerai susu, anda masih boleh meneruskannya  untuk mengelakkan gangguan emosi anak anda. 
Harus diingat menyusukan anak yang sudah besar sehingga lebih 4 tahun dengan susu badan adalah kurang sesuai kerana dibimbangi ia akan melambatkan proses kematangan.  Pada usia 3 tahun ke atas anak tersebut perlu belajar berdikari, tidak terlalu bergantung kepada ibunya, yakin pada diri sendiri, belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran , dan perlu belajar berkomuniti  serta berkomunikasi dengan rakan sebaya.  
Sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan. Sayang biarlah berpada-pada jangan sampai membawa mudarat.

Post a Comment

27 Comments

Hanafi Haron said…
melampau la kalo dh smpai umur 6 thun still nk mnyusu lg..ha2..
Dkna Abza said…
alahai....dimanjakan sgt anak kecil 2
LyNn HaMzAh said…
huhuhu...
Dzasc Skachers said…
hehehe...
wadud awai lagi brenti dah..:D
shahrilhakime said…
alamak....dah 6 tahun pun menyusu badan lagi.....jenoh le....mak budak ni...anak die gigi dah penoh tuuu....hehehe
Encik MT said…
jangan sampai ke umur 16 taun suda...haha!
mira_nas said…
kalau tiga anak yang mcm ni plak cmne? jenuh!
sesuatu pengorbanan yang paling besar yang seorang ibu nie lakukan...bukan mudah nak menyusukan anak nie...hebat!
Aku Anak Pahang said…
Salam sahabat... kaco kalau macam tu silap 3 org sekali tu :)
Jom Singgah "Cerita daripada sebuah kehidupan - akuanakpahang"
azi nur said…
ibu yg hebat~~tabikk r...
Solihin Zubir said…
hahaha... adeyhhh... dah 6 tahun masih menyusu.. huhu..
xkane said…
nanti adik dia pun ikut gak tu...adui, dah 6 tahun..prasekolah tu..hahah...mmg kalau besar anak mak ni...huhu
anamizu said…
cis! 6 tahun pun menyusu badan lagi! ahakkkss~~
Anonymous said…
pelik kan..penat mak dia..
eMMe said…
ngada la budak nih....cubit kang!
Anonymous said…
hehehe...teruknyer 6thn msh nk bergayut..cian adiknyer :)
Hanis Azla said…
klu ada adik lagi macam manalah agaknya yer..
umiawadah said…
aduh! anak lelaki lak tu...
sarah mohamad said…
haha .. 6 tahun pun masih nak menyusu lagi , pastu adik nye pon ngikut sekali pasni .
sud@is said…
aha...6 tahun sampai bejuntai kaki, tapi xpa maknya steady
Puteri Katek said…
ada sy dgr org tua2 ckp....
anak lelaki kalau umur 2 tahun or 3 tahun tak putus lagi susu badan dgn ibu dia, nnti budak tu jadi kurang pandai...hurmmm tatau la
ish..tak pernah buat dek orang..hehe :)
hehhee..naseb baik adik Tim berenti menetek umo 3tahun je.. tu pun kene pakse..
sibersensasi said…
abah pun nyusu gak mcm ni..
zacky786 said…
xthu malu btol..
nantikan melarat sampai besar
erkkk...
Dear tolong support Momoy dari kumpulan 10 juga yer No. 382 di BPM yer. Much thx
MY RECENT POST : ETUDE HOUSE - Korean Cosmetics

Jangan lupa VOTE Momoy di BBPM No. 382 !!
ish3.. kalau ikut islam tue berdosa dia minum air susu tue.. tu hak adik dia... hurmmm... ish3..