Muar atau Muo begitu sinonim dengan makanan spesialnya iaitu mi bandung muo. sebelum ini orang muo ada menyiarkan artikel tentang mi bandung muo Kedai Abang Sayang.
Seorang lagi pengusaha kedai makan mi bandung muo spesial ialah En Abu Bakar Hanipah, 60 tahun, yang mewarisi perniagaan daripada datuk dan ayahnya. Kedai mi bandung muo Abu Bakar Hanipah terletak di Kedai Kopitim Wah San, Jalan Abdullah, bandar Muo.
Mi bandung muo En Abu Bakar Hanipah memang terkenal bukan saja menjadi tumpuan orang awam pelbagai kaum bahkan sering menerima kunjungan daripada pelanggan atau tetamu VIP dan VVIP.
Antara tetamu istimewa [VIP] yang pernah singgah dan makan mi bandung muo Abu Bakar Hanipah ialah Bekas PM Pak Lah, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin, Menteri Besar Johor, Bekas Menteri Besar NS Datuk Isa Samad, Menteri-menteri dan ramai lagi. Tetamu VIP ini sering berkunjung ke kedai ini adalah untuk menikmati rasa mi bandung Abu Bakar yang spesial, dan lain dari yang lain.
Foto kenangan bersama tetamu istimewa
Satu lagi perkara yang menarik dan unik kedai ini ialah perniagaan warisan keluarga En Abu Bakar ini telah bekerjasama dengan sahabat baik berbangsa Cina sejak tahun 1930an lagi sehinggalah kini yang diteruskan oleh En Wee Ming Han, 44 tahun daripada ayahnya yang sudah bersara, En Wee Teck Long, 85 tahun. Jika En Abu Bakar mengusahakan mi bandung dan sate, En Wee pula menjual pelbagai jenis minuman panas dan sejuk di kedai yang sama.
Perkongsian perniagaan ini telah berlanjutan sejak dari tahun 1930 sehinggalah sekarang. Slogan 1Malaysia sebenarnya telah diamalkan oleh mereka sejak lama dulu. Sebelum berniaga di kedai sekarang bermula pada 1961, mereka menjalankan perniagaan di jalan Ali bersebalahan panggung wayang rex [panggung wayang rex sudah tidak wujud lagi, digantikan dengan kedai pakaian].
Perencah mi bandung muo Abu Bakar juga boleh didapati di kedai ini
Selain mi bandung sate dan menu yang lain juga turut disediakan
En Abu Bakar juga telah membuka cawangannya di Tanjung Emas [Gerai No 9] dan di Agroo Bazaar Pagoh. Oleh itu bagi penggemar-penggemar mi bandung muo yang tinggal berhampiran Pagoh bolehlah anda berkunjung ke Kedai Mi Bandung muo Abu Bakar di Agroo Bazaar Pagoh. Kedai ini dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 6 pagi hingga 6 petang di semua cawangan.
Agroo Bazaar Pagoh
Kenderaan khas untuk urusan penghantaran dan tempahan
23 Comments
Obama minta projek dari China
meme bandung semstinya telah dicuba
hehe
TAMBAH TRAFIK DENGAN SUBMIT BLOG KE 2500 SITE SECARA PERCUMA!!!
lum pnh makan lg..
TK suka mee yg cde kuah2..