Jambatan Sultan Ismail Muar
merupakan jambatan pertama yang menghubungkan Bandar Muar dan seberangnya di
Tanjung Agas di Daerah Muar, Johor, Malaysia.
Sejarah Jambatan Muo
Sebelum pembinaan jambatan
ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan
Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang
dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890
sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Oleh sebab pembangunan pesat
ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin
menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina sebuah
jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka.
Pembinaannya bermula pada
tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962.
Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor
ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda. Dengan pembukaan
jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.
Untuk menampung kos
pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat.
Berikut orangmuo paparkan foto-foto keindahan bandar muo pada waktu malam.
Lokasi: Jambatan Muo ( Jambatan Sultan Ismail ) dan Laman Maharani bersebelahan dengan jambatan Muo. Semoga anak-anak jati muo yang berada di perantauan terubat rindu dengan tempat kelahiran
0 Comments