Muo memang terkenal dengan mi bandungnya. Kebanyakan kedai makan di Muo meyediakan menu masakan mi bandung. Namun tidak semua gerai atau kedai makan yang betul-betul menyediakan mi bandung muo yang asli . Hanya beberapa buah kedai makan di muo mempunyai resepi mi bandung muo istimewa.
Sebuah kedai makan yang menyediakan mi bandung resepi asli istimewa di Muo ialah Kedai No 2 Abang Sayang, terletak di Setesen Bas Maharani, Jalan Maharani Muo. Walaupun kedai makannya comel dan biasa-biasa saja, tetapi mi bandungnya amat berbeza sekali keenakannya. Bau atau aroma mi bandungnya saja sudah menggoda dan membuka selera sesiapa saja yang menggemari mi bandung.
Kedai Makan Abang Sayang menghadap Sungai Muo
Jika orang lain menggunakan kacang tanah dalam kuahnya, mi bandung muo milik Norhisham ini menggunakan udang geragau halus sebagai perencah utama mi bandung. Beliau sudah mengusahakan perniagaan mi bandung muo sejak puluhan tahun yang lalu bersama rakannya.
Kedai Makan Abang Sayang menjalankan perniagaannya setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kedai tutup hari Jumaat.
Selain mi bandung muo sebagai menu utamanya, pelbagai jenis menu makanan dan minuman juga disediakan. Sepinggan Mi Bandung Muo Abang Sayang berharga RM8.00 sahaja.
Kuah mi bandung muo menggunakan udang geragau halus lebih aroma dan lazat
Pelanggan Kedai Makan Abang Sayang sedang menikmati Mi Bandung Muo
Deretan kedai makan di Setesen Bas Maharani pada waktu malam
Setesen Bas Maharani Jalan Maharani
Jika anda ke Muo singgahlah di kedai ini untuk menikmati mi bandung muo istimewa.
24 Comments
sy makan meehoon bandung, ok jugak pe!!!
pasal makan aku x penah menang..:p
*Bandung is the capital of West Java Province