Subscribe Us

Cara Niat dan Solat Jamak Jumaat Dan Asar-Jabatan Mufti NS

Bagaimana solat jamak takdim serta qasar untuk waktu Zuhur dan asar pada hari Jumaat? Bolehkah niat solat Jumaat kemudian selepas salam, terus bangun untuk solat Asar serta qasar?


Solat jamak qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir dan jika memenuhi syarat untuk melakukan solat jamak qasar, anda yang sedang bermusafir boleh solat jamak qasar Zuhur dan Asar seperti biasa pada hari Jumaat.


Orang bermusafir yang memulakan perjalanan sebelum terbit fajar Subuh pada hari Jumaat tidak diwajibkan solat Jumaat.

 

Jika kita hendak melakukan solat Jumaat dan Asar secara jamak ia sah dilakukan dengan jamak taqdim sahaja. Caranya, iaitu lakukan solat Jumaat seperti biasa dan setelah selesai, bangun semula untuk mengerjakan solat qasar Asar. Ia tidak harus dengan jamak ta’khir, iaitu menghimpun solat Jumaat kepada solat Asar, kerana solat Jumaat hanya pada waktu Zuhur sahaja.

 

Cara solat Jamak Taqdim- Solat Jumaat dan Asar :

1.Lakukan solat Jumaat seperti biasa. Niatnya adalah:

Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum kerana Allah Taala

 

2.Setelah selesai memberi salam, segera bangun semula untuk mengerjakan solat qasar Asar.

3.Niat solat qasar Asar adalah seperti niat-niat solat qasar lain di atas.

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

 

4.Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.

5.Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

6.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Asar pada waktu Asar nanti.

[Jabatan Mufti Negeri Sembilan, akuislam.com]

Post a Comment

0 Comments