Murtabak Singapura Tanjung Agas Ledang Muo - orangmuo.my

Post Top Ad

Murtabak Singapura Tanjung Agas Ledang Muo

Share This

Murtabak Singapura begitulah nama diberi sempena tempat negara asal pemilik restoran ini. Satu lagi identiti bagi daerah Muo / Ledang selain Mi Bandung Muo, dan Sate. Restoran Murtabak Singapore yang terletak di Jalan Tanjung Agas, iaitu laluan dari Muar ke Melaka cukup popular bukan saja bagi warga Muo malah ia juga turut dikenali oleh penggemar murtabak dari daerah lain di Johor, Singapura dan juga Melaka.



Murtabak Singapura terkenal kerana rasanya yang begitu enak, lazat dan aromanya membuatkan sesiapa saja berselera untuk menikmatinya dan terus jatuh cinta dengannya. Rasa kelazatan Murtabak Singapore ini berbeza dengan murtabak biasa kerana adunan dan resepi keluarga yang istimewa.  Menurut salah seorang pekerja restoran itu tiada seorang pun tahu  resepi istimewa murtabak ini kerana ia rahsia keluarga.


Restoran ini telah beroperasi sejak 35 tahun yang lalu. Restoran ini diusahakan oleh seorang warga Singapura yang berhijrah ke Muo bersama keluarganya.
Saiz murtabak Singapore ada tiga jenis saiz iaitu special, Besar dan kecil.

Post Bottom Ad