Orang Muo yang tinggal di daerah Muo, sudah semestinya mengenali dan cinta dengan mi bandung asli Muo.
Mi bandung asli Muo memang sudah lama terkenal bukan saja di Johor malah di peringkat Nasional. Bagi penggemar mi bandung, antara resepi asli mi bandung Muo digemari ramai ialah Perencah Mi Bandung Mak Pon kerana rasanya yang tersedap serta aromanya sangat membuka selera sesiapa saja yang terhidu bau perencah mi bandung ini.
Bermula secara kecil-kecilan hanya di rumah pada tahun 2000, pasangan suami isteri anak jati Muo, En Abdul Hamid Abu Hasan dan Pn Rafiah Marob menjalankan perniagaannya mengeluar dan membekal perencah mi bandung asli Muo ini untuk pasaran tempatan. Pasangan ini memilih nama Mak Pon yang juga nama ibu kepada Pn Rafiah sebagai jenama produk keluaran mereka.
Perniagaan produk mi bandung Mak Pon terus berkembang maju. Kini mereka telah memiliki 3 unit bangunan rumah kedai di Taman Lembah Padang, Jalan Junid Muar. Satu unit menempatkan kilang memproses, satu unit lagi menempatkan stok bahan mentah, dan sebuah lagi menempatkan produk-produk keluaran perencah Mak Pon.
Mi Bandung Biasa menggunakan bahan udang kering gred B
Perusahaan produk perencah mi bandung Mak Pon kini diurus bersama oleh anak-anaknya termasuklah En Nafis dan isterinya Pn Azie. Anak-anak merekalah yang bertanggungjawab mengembangkan perniagaan ini di mana pasaran bukan saja di Johor malah ke seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak, luar negara Singapura dan Brunei.
Perencah Mi Bandung Mak Pon sebenarnya ada dua jenis;
i. Perencah Mi Bandung Biasa menggunakan udang kering gred B
ii. Perencah Mi Bandung Power menggunakan udang kering gred A.
Jika anda tanya orangmuo tentulah Mi Bandung Power Mak Pon menjadi pilihan saya kerana rasanya lebih power.
Selain perencah Mi Bandung, produk keluaran Mak Pon juga menghasilkan Perencah Soto, Asam Pedas, Mi Rebus, Sambal Ikan Bakar, dan Rendang
Taman Lembah Padang,
Jalan Junid 84000 Muar
Telefon atau watsap En Abdul Hamid; 012 2620 044 , Pn Azie; 014 6799 395
Emel: jjmakponofficial@gmail.com
Kedai Mak Pon beroperasi setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Dalam setahun kedai ini hanya di tutup pada 1 Syawal dan 10 Zulhijjah sahaja.
Penggemar-penggemar Mi Bandung Muo, ayuh dapatkan perencah resepi asli mi bandung muo keluaran produk Mak Pon.
0 Comments