Subscribe Us

Masjid Tertua di Muar, Masjid Sultan Ibrahim


Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Jawi:ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ) ialah sebuah masjid tertua yang terkenal dalam daerah Muar. Ia terletak di Bandar Muar Bandar diraja Bandar Maharani. Lokasi masjid ini adalah di Jalan Petri berdekatan dengan muara Sungai Muar.


Masjid Jamek Muar adalah nama pertama yang diberikan sempena pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Masjid ini dibina pada 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. 

 

Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji Ilyas.  Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman.



Pembinaan masjid ini adalah daripada ehsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.

Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor) dan Yang Berhormat Dato’ Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.

Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada  serta kepada Yang Berhormat Engku Ali Bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Johor.  Lihat foto keindahan masjid ini pada waktu malam.



Sungai Muar di belakang masjid ini menjadi tumpuan orang ramai sama ada siang atau malam.  Suasana serta kemudahan yang tersedia menjadikan tempat ini di kunjungi oleh penduduk tempatan serta kaki pancing terutamanya pada hujung minggu atau pada hari cuti umum. [Rujukan pelbagai sumber]

Catat Ulasan

0 Ulasan