MENJELANG hari raya, tidak puas rasanya tanpa  menjamu  hidangan tradisional, iaitu ketupat. Ia adalah menu utama bagi umat Islam di Malaysia  ketika menyambut Aidilfitri.
Ketupat [ketupat beras @ ketupat nasi] mendahului senarai sajian  utama di negeri Johor. Hakikatnya makanan warisan nenek  moyang dari zaman ke zaman itu tidak pernah dilupakan khasnya pada hari  raya.Baik ketupat dianyam dengan daun kelapa  mahupun menggunakan  kelonsong plastik polyethylene, hidangan ini menjadi buruan termasuk  kanak-kanak dari dulu hingga sekarang.
Ketupat daun palas [ketupat pulut]  lazimnya popular di utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Manakala  ketupat daun kelapa merupakan hidangan wajib di negeri selatan terutama  Johor. Biasanya  makanan tradisi ini dimakan dengan rendang, kuah lodeh dan kuah kacang.
Ketupat daun kelapa baunya lebih wangi setelah masak membuatkan hidangan ini sentiasa  menjadi pilihan utama   apabila tiba musim raya. Ketupat yang dimasak menggunakan daun kelapa  juga tahan lebih lama. 

12 Ulasan