Subscribe Us

Tradition : Ketupat Daun Kelapa Hidangan Wajib Hari Raya Di Johor

MENJELANG hari raya, tidak puas rasanya tanpa menjamu  hidangan tradisional, iaitu ketupat. Ia adalah menu utama bagi umat Islam di Malaysia ketika menyambut Aidilfitri.
Ketupat [ketupat beras @ ketupat nasi] mendahului senarai sajian utama di negeri Johor. Hakikatnya makanan warisan nenek moyang dari zaman ke zaman itu tidak pernah dilupakan khasnya pada hari raya.Baik ketupat dianyam dengan daun kelapa  mahupun menggunakan kelonsong plastik polyethylene, hidangan ini menjadi buruan termasuk kanak-kanak dari dulu hingga sekarang.
Ketupat daun palas [ketupat pulut] lazimnya popular di utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Manakala ketupat daun kelapa merupakan hidangan wajib di negeri selatan terutama Johor. Biasanya makanan tradisi ini dimakan dengan rendang, kuah lodeh dan kuah kacang.

Ketupat daun kelapa baunya lebih wangi setelah masak membuatkan hidangan ini sentiasa  menjadi pilihan utama  apabila tiba musim raya. Ketupat yang dimasak menggunakan daun kelapa juga tahan lebih lama.

Post a Comment

12 Comments

Anonymous said…
sekarang ni walaupun masih ada yang guna daun ketupat asli, ketupat mini juga jadi pilihan. mudah, senang urus. dua-dua tetap sedap di makan bersama kuah kacang dan masak lodeh. huhuh
Anonymous said…
NAK NAK....boleh pos sikit tak?
Ellen said…
Di sabah juga popular benda ni sebagai hidangan di masa raya dan emnjadi satu kemestian...hehe
Dhiaqiud said…
wuuu....kehangatan raye dh terasa..
PMOfficial said…
kenapa pggl ketupat daun kelapa? bkn ketupat mmg dari daun kelapa ke?
cikgu_aare said…
huhu.taun ni xdpt nak anyam ketupat sebab raya terengganu dl.huhu..
klANA said…
tiap2 tahun tak pernah miss ketupat daun kelapa ni.. mkn dgn kuah kacang + rendang..best3x
noreed said…
huhuhu, tahun ni tak balik johor tak bleh nak mkn ketupat nasi yg original tu,mkn ketupat adabi jer. sedihnya...org muo tolong post kan bleh?
lemontree said…
kt utara ketupat palas je hehehe
Anonymous said…
klu kt klantan ketupat popular daun palas.. ;)
afayufu said…
suka ketupat asli... :)
Adha said…
tiap tahun mesti kene ada ketupat ngan kuah kacang..yg len xde pun xpe..feveret giler hehe