MENJELANG hari raya, tidak puas rasanya tanpa menjamu hidangan tradisional, iaitu ketupat. Ia adalah menu utama bagi umat Islam di Malaysia ketika menyambut Aidilfitri.
Ketupat [ketupat beras @ ketupat nasi] mendahului senarai sajian utama di negeri Johor. Hakikatnya makanan warisan nenek moyang dari zaman ke zaman itu tidak pernah dilupakan khasnya pada hari raya.Baik ketupat dianyam dengan daun kelapa mahupun menggunakan kelonsong plastik polyethylene, hidangan ini menjadi buruan termasuk kanak-kanak dari dulu hingga sekarang.
Ketupat daun palas [ketupat pulut] lazimnya popular di utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Manakala ketupat daun kelapa merupakan hidangan wajib di negeri selatan terutama Johor. Biasanya makanan tradisi ini dimakan dengan rendang, kuah lodeh dan kuah kacang.
Ketupat daun kelapa baunya lebih wangi setelah masak membuatkan hidangan ini sentiasa menjadi pilihan utama apabila tiba musim raya. Ketupat yang dimasak menggunakan daun kelapa juga tahan lebih lama.
12 Comments