Subscribe Us

Channa Barca, Spesies Channa Paling Mahal Di Dunia

Bercakap mengenai ikan paling mahal di dunia, mungkin apa yang kita fikirkan adalah ikan Arowana yang sudah begitu terkenal di seluruh dunia terutamanya Arowana Super Red dan Malaysia Golden Arowana. Namun anda harus tahu, ada satu spesies ikan yang mampu menandingi Arowana mengenai harganya yang begitu tinggi. Ya, ia adalah ikan Channa Barca.

 

Kenapa channa barca begitu mahal? Harganya yang begitu tinggi adalah kerana ikan ini kelihatan sangat eksklusif, berada dalam kelas tersendiri berbanding genus channa yang lain dengan badannya yang eksotik dipenuhi sisik berwarna serta bintik-bintik, dihiasai dengan sirip atas dan bawah yang lebar serta pergerakan yang indah ketika berenang, ia pasti disukai oleh peminat ikan hiasan. 


Sayangnya tidak semua penggemar ikan dapat memilikinya, memandangkan harganya sangat mahal. Harga bagi seekor anak barca top grade bersaiz 4-5 inci boleh mencecah RM 5000.00 manakala barca berukuran 8 inci sudah mencecah harga RM 8000.00!


Selain kriteria kecantikan luar biasa yang ada pada barcha, ia adalah spesies channa yang dilindungi kerana jumlahnya semakin berkurangan. Habitat asalnya terletak di wilayah konflik, amat sukar dan sangat berisiko terancam nyawa untuk mendapatkanya.


Bentuk fizikal

Sekiranya anda melihat ikan Channa Barca dari sudut fizikal, anda akan kagum. Cuba bayangkan, jika anda melihat dua sirip atas dan bawah yang lebar, anda akan teringatkan ikan Betta. Cuma mungkin versi yang lebih rare.

 

Secara keseluruhan selain dari sirip atas dan bawah, semuanya hampir seperti spesies ikan channa yang lain tetapi fizikal bukan hanya mengenai bentuk, ia juga mengenai warna dan corak bunga pada badannya.

Channa barca memiliki corak yang berwarna biru cerah kehijaun, dihiasi dengan bintik-bintik hitam membentuk corak tertentu di bahagian tubuhnya. Sirip atas dan bawah ukurannya lebih lebar dibandingkan dengan sirip channa jenis lain.


Sirip atas berwarna oren samar, sementara sirip bawah berwarna biru kehijauan. Apa yang menarik ialah kedua-dua sirip itu dihiasi dengan jalur hitam di hujungnya.  Kombinasi kedua-dua warna tersebut membuat ikan ini kelihatan sangat cantik dan eksotis ketika berenang. Bentuk sirip yang melebar keatas layaknya umpama sehelai kain sutera lembut menambah kesan eksotis ikan ini.


Sekiranya kita memelihara ikan Channa Barca dalam akuarium, ia akan kelihatan lagi mengasyikkan, sangat indah ketika berenang berulang-alik. Istimewanya channa barca tidak seperti spesies channa yang lain, ia rajin dan selalu berenang-renang dari satu tempat ke tempat lain. Renangannya yang bergerak secara perlahan, badannya liang-liuk menambah lagi keunikan barca.

 

Pada pandangan pertama, ciri fizikal ikan Channa Barca sangat serupa dengan Channa Auranti. 

 

Mengenai ukuran badan, ia boleh mencapai hingga 90 cm. Ukuran ini cukup besar untuk kumpulan channa dan ikan hiasan secara amnya.


Harganya yang tinggi cukup untuk menggambarkan betapa eksklusifnya pengedaran wilayahnya. Ikan Channa Barca tersebar secara terhad hanya di negeri Assam dan Nagaland di timur laut India. Dilaporkan, kawasan rawan konflik ini juga menjadi penyebab harganya melambung tinggi.

 

Habitat & ciri

Nama biasa: Barca snakehead

Asal: lembangan sungai Brahmaputra, Assam Utara, India.

Saiz: Dewasa 90cm / 36 ".

Suhu: 10-28 Celcius

PH air: 6.0 - 8.0

Air: Seperti biasa dengan kualiti air snakehead tidak penting tetapi ekstrim harus dielakkan. 

Akuarium : Untuk sub adult tunggal, tangki berukuran 5 x 2 kaki adalah ukuran tangki yang diperlukan.


Habitat ikan Channa Barca adalah lubang menegak di sekitar pinggir tanah lembap yang biasanya kering selama musim sejuk.  Lubang-lubang ini biasanya berukuran kira-kira satu meter dan terdiri daripada satu atau lebih salur masuk yang menuju ke ruang yang lebih besar di bawah permukaan air bawah tanah.

 

Ikan Channa Barca menggunakannya sebagai tempat berlindung pada musim sejuk yang kering. Kemudian akan terlihat berburu dan berkembang biak ketika habitatnya dibanjiri.

 

Ikan Channa Barca seharusnya di pelihara sendirian di dalam tangki. Perangainya yang sangat agresif terhadap wilayah yang dikuasainya. Ia boleh saja menyerang tankmate secara tiba-tiba tanpa alasan yang jelas.

 

Diet

Diet: makanan hidup dan makanan sejuk beku.

Diet barca kecil: larva kironomid (cacing darah), cacing tanah kecil, udang cincang dan seumpamanya

Diet barca dewasa: selain diet di atas, barcha dewasa boleh diberi potongan daging ikan, udang / udang utuh, kerang, udang sungai hidup, cacing tanah yang lebih besar dan lain-lain yang sesuai. [pelbagai sumber]

Post a Comment

0 Comments