Kucing Pallas atau nama
saintifiknya Otocolobus manul merupakan antara kucing yang tersangat jarang
ditemui. Kucing ini juga digelar sebagai
Manul, diambil dari perkataan Mongolia. Kucing Pallas (Otocolobus manul) dikenali
dengan rupa yang luar biasa, dan menarik, wajah yang rata dan bulat, berbadan
gempal, berbulu tebal dan sangat gebu menjadikannya kelihatan lebih gemuk dan
eksklusif.
Kucing Pallas kelihatan lebih
besar dan lebih berat daripada yang sebenarnya disebabkan oleh bulu mereka yang
tebal, panjang, dan lebat. Pada
hakikatnya, kucing ini bersaiz kucing domestik:
kira-kira 26 inci panjang badan (dengan ekor 8-12 inci) dan berat hanya sekitar
10 paun.

Otocolobus manul mempunyai
anak mata yang kecil dan bulat berbanding kucing lain yang mempunyai anak mata
memanjang. Bulunya yang tebal membantu kucing ini hidup dikawasan bersalji dan
boleh berubah mengikut musim.
Kucing ini dijumpai pada
ketinggian melebihi 4000 meter aras laut terutama dikawasan Asia Tengah, malah
kajian mendapati kucing ini dijumpai di negara Pakistan, Nepal, India dan juga
barat China.
kucing Pallas lebih suka persekitaran
sejuk dan gersang di padang rumput yang berbatu di ketinggian sehingga
kira-kira 15,000 kaki.
Kucing Pallas melalui dua fasa
warna utama. Pada musim sejuk, bulunya berwarna kelabu dan lebih seragam, sedangkan
pada musim panas ia mempunyai lebih banyak jalur dan warna kuning tanah pada
bulunya. Selain itu manul mempunyai corak seperti gelang berwarna hitam pada ekor mereka, bintik-bintik
hitam yang tersebar di dahi, dan jalur gelap dari mata hingga ke pipi.
Kucing Pallas menghabiskan hari-harinya di dalam gua-gua, celah-celah, dan tinggalan lubang-lubang yang dibuat oleh haiwan lain, dan ia akan muncul apabila hari menjelang senja untuk keluar memburu.
1 Comments