Subscribe Us

Spesies Kucing Unik Hidup Pada Ketinggian 4000 Meter Dari Aras Laut


Kucing Pallas atau nama saintifiknya Otocolobus manul merupakan antara kucing yang tersangat jarang ditemui.  Kucing ini juga digelar sebagai Manul, diambil dari perkataan Mongolia. Kucing Pallas (Otocolobus manul) dikenali dengan rupa yang luar biasa, dan menarik, wajah yang rata dan bulat, berbadan gempal, berbulu tebal dan sangat gebu menjadikannya kelihatan lebih gemuk dan eksklusif.


Kucing Pallas kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada yang sebenarnya disebabkan oleh bulu mereka yang tebal, panjang, dan  lebat. Pada hakikatnya, kucing ini  bersaiz kucing domestik: kira-kira 26 inci panjang badan (dengan ekor 8-12 inci) dan berat hanya sekitar 10 paun.



Otocolobus manul mempunyai anak mata yang kecil dan bulat berbanding kucing lain yang mempunyai anak mata memanjang. Bulunya yang tebal membantu kucing ini hidup dikawasan bersalji dan boleh berubah mengikut musim.


Kucing ini dijumpai pada ketinggian melebihi 4000 meter aras laut terutama dikawasan Asia Tengah, malah kajian mendapati kucing ini dijumpai di negara Pakistan, Nepal, India dan juga barat China.


kucing Pallas lebih suka persekitaran sejuk dan gersang di padang rumput yang berbatu di ketinggian sehingga kira-kira 15,000 kaki.


Kucing Pallas melalui dua fasa warna utama. Pada musim sejuk, bulunya berwarna kelabu dan lebih seragam, sedangkan pada musim panas ia mempunyai lebih banyak jalur dan warna kuning tanah pada bulunya. Selain itu manul mempunyai corak seperti gelang  berwarna hitam pada ekor mereka, bintik-bintik hitam yang tersebar di dahi, dan jalur gelap dari mata hingga ke pipi.



Kucing Pallas menghabiskan hari-harinya di dalam gua-gua, celah-celah, dan tinggalan lubang-lubang yang dibuat oleh haiwan lain, dan ia akan muncul apabila hari menjelang senja untuk keluar memburu.

Catat Ulasan

1 Ulasan

cikguzim berkata…
Comel..sekali tgk mcm haiwan dlm cite star wars la pula