Subscribe Us

Mengambil Minuman Energi Berlebihan, Ini Akibatnya...

Minuman energi atau minuman bertenaga sangat popular di kalangan anak muda, kerana kebanyakannya percaya bahawa minuman ini membantu menghilangkan kelesuan biarpun ketika harus berjaga sepanjang malam untuk belajar atau bekerja.

Sayangnya, apabila minuman energi diambil berlebihan dan tidak sesuai dengan kondisi tubuh, minuman ini sangat membahayakan kesihatan. Oleh itu, sebaiknya minumlah apabila anda memang betul-betul memerlukannya.
Seperti disalin dari laman Healthmeup, minuman berenergi jika diambil berlebihan akan memberi kesan negatif seperti berikut: 

1. Insomnia
Minuman energi dapat memberikan energi ekstra sepanjang malam. Namun pada akhirnya seseorang juga akan menghadapi masalah sukar tidur dan menderita insomnia.

2. Mempengaruhi suasana hati
Kajian menunjukkan bahawa sering mengambil minuman berkafein mengakibatkan penurunan kadar serotonin (hormon yang membuat seorang senang) dalam tubuh. Serotonin ini juga sering dikaitkan dengan depresi dan 'mood' yang buruk.

3. Obesiti
Minuman berenergi mengandungi purata 13 sudu gula. Hal ini akan menyebabkan sistem kekebalan tubuh seseorang turun, pereputan gigi dan menyebabkan kenaikan berat badan.

4. Sakit atau bisa badan
Efek lainnya dari minuman energi secara berlebihan adalah membuat stres organ anda. Apabila anda fikir akan mendapat energi ekstra setelah minum minuman berenergi, mungkin tenaga anda telah habis, sehingga otomastis akan memaksa semua organ tubuh juga akan bekerja ekstra. [Healthmeup/liputan6.com]

Catat Ulasan

1 Ulasan

nendi berkata…
wah saya merasakan untuk yang no 1. insomnia, dah 2 minggu ini sukar sekali tidur, mungkin saya harus berhenti mengkonsumsi minuman berenergi, makasih untuk infonya.