Padang Kota Lama terletak di bandar George Town. George
Town merupakan antara bandar yang pertama dibangunkan oleh seorang pedagang Inggeris
bernama Francis Light. Apabila Francis
Light mendarat di Tanjung pada tahun 1786, beliau mendapati bahawa bahagian pulau
ini (Padang Kota Lama) tidak berpenghuni dan padat dengan hutan. Hanya terdapat penempatan kecil orang Melayu dan Aceh di Sungai
Pinang.
Tanah di kawasan itu rata tetapi ditumbuhi pokok-pokok
kayu keras seperti Penaga Laut (kayu besi). Pantai di sebelah utara berpasir
manakala bahagian timur dipenuhi dengan pokok paya bakau.
Francis Light dikatakan telah mengarahkan anak
kapalnya mendarat di Padang Kota Lama lalu menaburkan duit syiling perak ke
dalam hutan. Kilauan cahaya bersinar
daripada duit syiling-perak yang
ditaburkan di dalam hutan itu telah mendorong para imigran membersihkan kawasan
tanah itu. Hasilnya Hutan tebal di kawasan tersebut dapat dibersihkan dan Francis
Light berjaya membuka sebuah penempatan yang akhirnya menjadi sebuah kota di situ.
Padang Kota lama telah digunakan untuk tujuan rekreasi
sejak pertengahan abad ke-19. Pada zaman tersebut, padang ini juga digunakan
sebagai padang kriket. Sebuah pavilion
dua tingkat, yang direka oleh Wilson & Neubronner, telah dibina pada tahun 1908
oleh Kelab Kriket Pulau Pinang.
Namun banyak struktur sejarah telah musnah akibat
berlakunya Perang Dunia II, apabila pengebom Allied mensasarkan Esplanade pada
masa itu untuk digunakan oleh Angkatan Tentera Jepun
No comments:
Post a Comment