Minuman energi atau minuman bertenaga sangat popular di kalangan anak muda, kerana 
kebanyakannya percaya bahawa minuman ini membantu menghilangkan kelesuan biarpun ketika 
harus berjaga sepanjang malam untuk belajar atau bekerja. 
Sayangnya, apabila minuman energi diambil berlebihan
 dan tidak sesuai dengan kondisi tubuh, minuman ini sangat membahayakan 
kesihatan. Oleh itu, sebaiknya minumlah apabila anda memang betul-betul 
memerlukannya.
Seperti disalin dari laman Healthmeup, minuman berenergi jika diambil berlebihan akan memberi kesan negatif seperti berikut: 
1. Insomnia
Minuman
 energi dapat memberikan energi ekstra sepanjang malam. Namun pada 
akhirnya seseorang juga akan menghadapi masalah sukar tidur dan menderita insomnia.
2. Mempengaruhi suasana hati
Kajian menunjukkan bahawa sering mengambil minuman berkafein mengakibatkan penurunan kadar 
serotonin (hormon yang membuat seorang senang) dalam tubuh. Serotonin 
ini juga sering dikaitkan dengan depresi dan 'mood' yang buruk.
3. Obesiti
Minuman
 berenergi mengandungi purata 13 sudu gula. Hal ini akan menyebabkan sistem
 kekebalan tubuh seseorang turun, pereputan gigi dan menyebabkan 
kenaikan berat badan.
4. Sakit atau bisa badan
Efek 
lainnya dari minuman energi secara berlebihan adalah membuat stres organ anda. Apabila anda fikir akan mendapat energi ekstra setelah minum minuman berenergi, 
mungkin tenaga anda telah habis, sehingga otomastis akan memaksa semua 
organ tubuh juga akan bekerja ekstra. [Healthmeup/liputan6.com]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Ulasan