Subscribe Us

Bukan Bihun! Ia Adalah Shiltarae Bingsu, Ais Berkrim Korea

Shiltarae bingsu, atau ais cukur bertali, merupakan hidangan moden dari Korea Selatan yang popular. Ia adalah ais berperisa yang diketam halus bertali kelihatan seperti bihun.

 

Anda mungkin pernah mendengar ais krim spageti sebelumnya, tetapi ini tidak seperti itu. Shiltarae bingsu dikatakan sebagai makanan penduduk Korea yang sangat unik dan istimewa bukan saja kelihatan lazat dan berkrim tetapi menurut kata orang Korea rasanya sangat enak dan menggiurkan. 

Bingsu dipercayai telah diciptakan beberapa tahun yang lalu oleh sebuah makmal kafe sebagai pencuci mulut yang berpusat di Seoul, Tiravento.  Sejak itu ia menjadi pencuci mulut ruji yang dicari oleh pengguna media sosial. Tidak dapat dinafikan daya tarikan visual makanan ini, kerana ais yang diketam kelihatan seperti mi halus sebelum ia mulai mencair.

Mesin yang dicipta oleh Tiravento mengetam ais berperisa begitu halus, disajikan dengan sebiji kacang merah, satu sudu ais krim serta cube rice cakes.  Bingsu pencuci mulut musim panas Korea Selatan ini sangat halus sehingga mudah dipotong dimakan secara tradisional dengan sudu atau garpu.

Bingsu itu sendiri mengandungi banyak susu yang memberikan tekstur berkrim, dan terdapat dalam pelbagai rasa, termasuk teh hijau, kopi, keju mascarpone, atau susu biasa. Namun anda harus rujuk Jakim terlebih dahulu untuk mengetahui status makanan ini. [kitchen.nine.com.au/odditycentral]

Post a Comment

0 Comments