Menjaga berat badan selama kehamilan tidak hanya menjaga penampilan
tubuh si ibu sentiasa menarik malah berat badan yang berlebihan pada masa kehamilan
akan membahayakan kesihatan ibu dan anak.
“Obesiti pada anak dapat dimulai dari rumah pertamanya, iaitu
rahim,” tulis Mark Banschick, M.D, seorang psikiatri dan advokat anak
dalam laman web Psychology Today. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa komposisi tubuh ibu, nutrisi, dan berat badan selama kehamilan memiliki efek jangka panjang pada kesihatan bayi.
Pada 4 bulan kehamilan, ibu akan mengalami berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan ini bukan saja berpengaruh semasa kehamilan. Berat badan berlebihan akan menjadi tonggak awal kesihatan bayi dan ibunya. Untuk itu, Banschick mengingatkan ibu yang mengandung akan 4 perkara di bawah ini:
1. Anak yang lahir dari ibu obesiti semasa mengandung akan berisiko 4 kali lebih tinggi dibandingkan dengan anak yang lahir dari ibu berberat badan optimal selama kehamilan.
2. Lapan dari 10 anak obesiti akan menjadi gemuk apabila dewasa.
3. Anak yang dilahirkan oleh ibu obesiti semasa mengandung akan berisiko memiliki tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti, dan
4. Sudah tentu, semakin berlebihnya berat badan ibu hamil, semakin sukar ia beraktiviti dengan lancar.
Oleh sebab itu, ibu hamil
hendaknya menyedari bahawa 9 bulan ini begitu bererti dan merupakan permulaan untuk sihatnya
hidup bagi ibu dan sibayi. [tempo]
4 Comments
Untuk info lanjut @ order dengan harga istimewa, boleh hubungi 012-7002355 (Saa Rahman) atau FB Group: Beauty Health.