Tauhu, atau secara harfiah diterjemahkan sebagai dadih kacang, adalah makanan yang berasal dari China sejak 2200 tahun dahulu dan kini menjadi antara menu atau perencah penting masakan di seluruh dunia.
Tauhu dikatakan berasal dari Dinasti Han Barat (206BC-AD 24). Pada waktu itu, Liu An, cucu dari Maharaja Liu Bang, sangat ingin belajar seni magis keabadian. Maka dia pun pergi jauh ke puncak gunung untuk mendapatkan ubat [pil] abadi. Namun dia gagal dalam usahanya untuk menghasilkan ramuan abadi, sebaliknya dia dengan tidak sengaja telah mencipta menggunakan beberapa ramuan campuran daripada jus kacang dengan gipsum, kemudian membentuk pepejal berwarna putih dan lembut dengan aroma memikat. Para petani tempatan yang berani mencuba rasa produk tersebut dan mendapati bahawa ia sangat lazat. Semenjak itu makanan yang baru tercipta oleh Liu An itu diberi nama "dadih kacang" atau "tahuu" dan kampung halamannya yang terletak di wilayah Anhui Shouxian, telah digelar "kota kelahiran tauhu".
Oleh sebab harganya yang murah tetapi lazat, tauhu telah menjadi makanan kegemaran semua rakyat marhaen. Setelah Dinasti Song, budaya tauhu diperluas lebih jauh. Banyak sarjana dan selebritis juga mengambil bahagian dalam penyebaran budaya tauhu. Penulis besar dari Dinasti Song Utara (960-1127), Su Dongpo, memiliki kemahiran khusus untuk tauhu dan mencipta hidangan tahu disebut Dongpo Tahu. Penyair Lu You, dari Dinasti Song Selatan (1127-1179), juga menulis dalam puisinya tentang hidangan tauhu dalam antologinya.
Lebih menarik lagi tentang sejarah tahu semasa Maharaja Kangxi Dinasti Qing (1644-1911) melakukan lawatannya ke Suzhou di Selatan China, baginda bukan dihadiahkan dengan emas, jed atau barang antik tetapi baginda dihidangkan dengan masakan tauhu yang dimasak dengan citarasa tempatan yang kuat.
Kini setelah beribu-ribu tahun, tauhu masih kekal menjadi makanan dan bahan masakan yang digemari di seluruh dunia.
Tauhu mengandung sedikit lemak tetapi kaya dengan protein, kalsium dan besi. Tahu sendiri mempunyai rasa atau bau yang sangat sedikit , tetapi memiliki kemampuan untuk menyerap rasa baru melalui ramuan rempah-rempah dalam masakan.
Baru-baru ini tauhu menjadi bahan yang popular digunakan dalam masakan vegetarian Barat kerana ia berprotein tinggi, rendah kolesterol, dan rendah lemak. Kelembutan tauhu dipercayai bahawa sebanyak 95 peratus tahu dapat dicerna dan diserap. Dua potongan kecil tauhu dapat memenuhi keperluan kalsium harian yang disyorkan seseorang. [c com.cn]
Tauhu mengandung sedikit lemak tetapi kaya dengan protein, kalsium dan besi. Tahu sendiri mempunyai rasa atau bau yang sangat sedikit , tetapi memiliki kemampuan untuk menyerap rasa baru melalui ramuan rempah-rempah dalam masakan.
Baru-baru ini tauhu menjadi bahan yang popular digunakan dalam masakan vegetarian Barat kerana ia berprotein tinggi, rendah kolesterol, dan rendah lemak. Kelembutan tauhu dipercayai bahawa sebanyak 95 peratus tahu dapat dicerna dan diserap. Dua potongan kecil tauhu dapat memenuhi keperluan kalsium harian yang disyorkan seseorang. [c com.cn]
20 comments:
ooo..
cmtu sejarahnye..
TK suka jg mkn tauhu ni..
as salam orgmuo..
ooohhh..begitu kisahnya yeekk..
terima kasih atas infonya..
saya suka gak makan tauhu ni..
tauhu goreng cicah sambal kicap pedas...fuhhh sedapp.. :)
terus ngidam tauhu panas pasar malam... esok mesti nak cari la...
Asal halal akak makan je.
salam.. skang baru tahu sjarah tauhu nie.. tauhu sumbat sedap, mkn dgn nasik pon best..
tauhu boleh turunkan kolestrol...=)
rupanya tauhu juga dikenali sbg dadih kacang.. peliknya krn rasa kcgnya tdk bbrp kuat,,,
rupanya tauhu juga dikenali sbg dadih kacang.. peliknya krn rasa kcgnya tdk bbrp kuat,,,
kite ske makan tauhu, grg pastu cicah ngn sos cili pon sodap.. :)
Tahu makanan yang enak dan tidak begitu mahal... katanya berasal dari negeri Cina... Tofu.. :) Peace
ooo..bagus ni..
gtu sejarahya ek..
dtgla bc entri baru saya..
salam kenal org muo~!!
sedappp tahu.. cicah sambal kicap.. fuhhh.. lame tak makan.. heheh
best ke tauhu ni? kiwi xreti makan. ><
as-salam..
ooo.. mcm tu rupanya sejarah tauhu ni.. hurm.. menarik2.. thanks 4 sharing dis info.. hehe.. ;)
tahu bakor pon sedap...
sedap sedap sedap
hehehe...memang best tauhu ni...boleh dimakan dalam beberapa jenis hidangan dan rasa...simple dan murah serta lazat....teringat dulu masa mula2 kerja, tghari makan nasik ngan tauhu sambal tomes....baru RM 1.50 je...jimat....hehehehe
tauhu? best sgt2 kan? ooouh, nice infos overall:)
asalnya kok gitu yach mungkin rasa mending rasa tahu kediri gan....salam kenal
Good info. Suka betul makan tauhu goreng cicah sambal kicap, sedap.
Post a Comment