Subscribe Us

Bangsa Melayu Di Myanmar Sangat Patriotik Tidak Seperti Rohingya


Ketika masyarakat berminat sangat dengan isu Rohingya, jangan pula lupa akan Melay Islam Myanmar yang juga perlukan perhatian kita.  Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa bangsa Melayu ada yang tinggal dan menetap di Myanmar.  Mereka tidak sibuk pun untuk meninggalkan negara Myanmar seperti kaum Rohingya


Mengapa perlu memberi perhatian yang terlampau terhadap kaum Rohingya ini sedangkan kita ada bangsa seagama kita sendiri di Myanmar yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan, namun mereka tetap berdikari, berusaha menjalani kehidupan dengan aman tanpa gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Myanmar,


Kerajaan Myanmar sangat menghormati kaum Melayu kerana sikap mereka yang setia dan taat kepada negaranya. Walaupun hidup dalam keadaan serba kedaifan, mereka tetap tinggal di sana kerana mereka menganggap Myanmar adalah negara kelahiran mereka.




Orang-orang Melayu di Myanmar masih mengekalkan jati diri mereka sebagai bangsa bermaruah. Mereka duduk di kampung-kampung di Selatan Myanmar, bertutur menggunakan Bahasa Melayu, belajar kitab-kitab jawi Melayu, belajar silat melayu dan mengekalkan budaya dan cara hidup Melayu, namun banyak lagi yang mereka perlukan sokongan untuk kekalkan jati diri Melayu mereka yang telah tiada di sana.


Mereka bukan mahu kembali ke Malaysia, tetapi mereka lebih perlukan kita untuk menziarahi mereka dan bantu mereka untuk mengekalkan identiti Melayu dalam jiwa anak muda mereka dan bantu apa yang boleh seikhlas hati sebagai saudara seagama dan sebangsa dengan kita.


Melayu Myanmar / Burma
Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan paling Selatan di Myanmar. Ia terdiri daripada lebih 800 buah pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semuanya terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu.


Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauan itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu kerana penduduk tempatan menggelar Melayu sebagai Pashu. Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia, lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.



Kebanyakan orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Suatu masa dulu, kerajaan negeri Kedah Tua pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara di Malaysia.


Orang Melayu di Burma atau Myanmar bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, atau bahasa perantaraan. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab.


*Jika anda lihat peta selatan Myanmar anda akan dapati beberapa nama tempat adalah dalam Bahasa Melayu seperti Kampong Ulu, Kampong Mah Puteh, Kampong Tengah, Pase Panjang, Telok Babai serta Kampong Pulo Chili.


Sebagian besar Melayu Myanmar di Tanintharyi tinggal di Distrik Kawthaung, salah satu daerah paling multikultural di Myanmar. Populasinya terdiri atas Melayu Muslim, orang Buddha Thailand, dan suku pengembara Melayu yang dikenal masyarakat lokal dengan nama Pashu. Di sana tinggal juga orang Cina dan India yang pada masa kolonialisme Inggris direkrut sebagai buruh pertambangan timah.


Nama Tanintharyi sendiri berasal dari penyebutan Melayu “Tanah Sari”. Lidah Burma sukar menyebut nama itu dan menyebutnya dengan lidah mereka menjadi "Tanintharyi." Orang-orang Eropa biasa menyebutnya “Tenasserim."


Pada abad ke-19 sampai awal abad ke-20, Kawthaung lebih dikenal dengan nama Victoria Point dan menjadi pelabuhan kecil yang ramai di sekitar Myanmar selatan. Di situ tak hanya berlabuh perahu-perahu dagang, tapi juga tempat singgah para pencari ikan dari daerah-daerah yang jauh.


Kedatangan orang-orang Melayu di Kawthaung bermula dari para pencari ikan. Pada 1865, sekelompok nelayan yang dipimpin Nayuda Ahmed, seorang Melayu keturunan Arab, berlayar mencari ikan di sekitar Kepulauan Mergui. Mereka mendirikan perkampungan kecil di sebuah teluk di Victoria Point.


Awalnya tempat itu sekadar untuk singgah. Namun, lantaran hasil ikan di situ sangat banyak, mereka memutuskan menetap. Sejak itulah para nelayan Melayu beranak-pinak di tempat itu. Orang Melayu yang sekarang berada di situ adalah keturunan para pengikut Nayuda Ahmed. Kawasannya sekarang dikenal sebagai Desa Bokpyin.


Etnik Melayu yang tinggal di Myanmar juga mempunyai kaitan erat dengan orang Patani di Thailand selatan. Mereka sama-sama keturunan orang-orang dari Kerajaan Patani lama. Setelah Patani runtuh, mereka menyebar di beberapa bagian Burma dan Kerajaan Ayutthaya. 


Bahasa majoriti di daerah tersebut adalah bahasa Myanmar dan orang Melayu juga masih menggunakannya sebagai lingua franca untuk berinteraksi dengan masyarakat dari suku lain. [tirto.id/foto,fb Histourism/kembaragd.blogspot, pelbagai sumber]

Catat Ulasan

2 Ulasan

Rusiah_Hazri berkata…
Ramai rupanya Melayu kat sana, boleh plk hidup kat sana.
Maksudnya org Myanmar tak de masalah nak terima tapi kenalah rajin
dan bersih. Org Rohingya ni nak mengharap bantuan dan belas
je dr kerajaan.
Sokong bang