Subscribe Us

Pentingnya Menjaga Berat Badan Semasa Mengandung

Menjaga berat badan selama kehamilan tidak hanya menjaga penampilan tubuh si ibu sentiasa menarik malah berat badan yang berlebihan pada masa kehamilan akan membahayakan kesihatan ibu dan anak.

“Obesiti pada anak dapat dimulai dari rumah pertamanya, iaitu rahim,” tulis Mark Banschick, M.D, seorang psikiatri dan advokat anak dalam laman web Psychology Today. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa komposisi tubuh ibu, nutrisi, dan berat badan selama kehamilan memiliki efek jangka panjang pada kesihatan bayi.

Pada 4 bulan kehamilan, ibu akan mengalami berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan ini bukan saja berpengaruh semasa kehamilan. Berat badan berlebihan akan menjadi tonggak awal kesihatan bayi dan ibunya. Untuk itu, Banschick mengingatkan ibu yang mengandung akan 4 perkara di bawah ini: 

1. Anak yang lahir dari ibu obesiti semasa mengandung akan berisiko 4 kali lebih tinggi dibandingkan dengan anak yang lahir dari ibu berberat badan optimal selama kehamilan.

2. Lapan dari 10 anak obesiti akan menjadi gemuk apabila dewasa.

3. Anak yang dilahirkan oleh ibu obesiti semasa mengandung akan berisiko memiliki tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti, dan

4. Sudah tentu, semakin berlebihnya berat badan ibu hamil, semakin sukar ia beraktiviti dengan lancar.

Oleh sebab itu, ibu hamil hendaknya menyedari bahawa 9 bulan ini begitu bererti dan merupakan permulaan untuk sihatnya hidup bagi ibu dan sibayi. [tempo]

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
Anak adalah buah hati kedua orang tua. Kasih dan sayang seorang Ibu telah dicurahkan sejak dalam kandungan. Ibu-ibu yang akan dan mulai hamil hendaknya menjaga kesehatan dan berat badannya. Alangkah bahagianya mempunyai bobot yang tetap ideal selama kehamilan. Terima kasih infonya. Salam cemerlang.
Cikgu Jaja™ berkata…
tengs utk info berguna
3no gr33ny berkata…
betul2
Saya amalkan Energizing Soy Protein (ESP)sepanjang tempoh kehamilan. Alhamdullah, berat badan naik secara terkawal sepanjang hamil.

Untuk info lanjut @ order dengan harga istimewa, boleh hubungi 012-7002355 (Saa Rahman) atau FB Group: Beauty Health.