Sebuah studi menemukan kaum lelaki zaman sekarang banyak yang mengalami masalah  kesuburan. Mereka rata-rata memiliki setengah seperma yang normal  dengan kualiti yang rendah. Keadaan ini berbeza pada 50 tahun yang  lalu. Peneliti meyakini ada banyak penyebabnya, salah satunya ialah duduk terlalu lama seperti bekerja di pejabat atau mengenakan pakaian jenis nilon.
Selain itu, peneliti meyakini keadaan ini juga disebabkan oleh paparan  xenoestrogens (PCB, DDT, dioxin, bahan plastik dan polutan  industri) yang meniru efek estrogen.
Menurut Jurnal natural health and  wellness (ALIVE), banyak kaum lelaki yang mengalami kesulitan untuk memberikan isteri hamil kerana  jumlah sperma yang terlalu sedikit.  Mengapa duduk terlalu lama menjejaskan kualiti sperma? 
Dr Hudson Ogidi Direktur Medis King Hospital mengatakan, duduk dalam waktu yang lama menyebabkan bahagian berhampiran paha akan  lebih hangat. Penelitian telah menunjukkan orang-orang yang duduk  berjam-jam di depan komputer perlu istirahat setiap setengah jam.  Apabila cara itu tidak praktis, mereka perlu melakukan beberapa latihan  dan ambil lebih waktu rehat.
Dr Hudson Ogidi  mengatakan, mengenakan  
pakaian nilon atau pakaian ketat boleh menyebabkan skrotum panas,  
sehingga menekan testis dan menyebabkan peningkatan suhu yang  
mempengaruhi kualiti sperma. 
Lelaki yang memandu kenderaan terus-menerus selama jangka waktu yang lama berisiko  meningkatkan kemandulan kerana menyebabkan peningkatan suhu  skrotum, memampatkan testis dan tidak memungkinkan udara yang cukup  untuk. 
Anda disarankan agar mengambil istirahat selama bekerja untuk  meregangkan dan bergerak menghirup udara, serta menghindari perjalanan  jarak jauh. (NigeriaTribune)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
5 Ulasan
byj faktor kan selain duduk :)