Subscribe Us

Arowana Super Red Kapuas Hulu, Ketahui Kriteria Arowana SR Berkualiti Tinggi, Menjadi Buruan Peminat Ikan Hiasan Dunia

Arowana Super Red merupakan ikan habitat asli di Indonesia, tepatnya di Sungai Kapuas dan Danau Sentarum, Kalimantan Barat. Jika dibandingkan dengan jenis arowana yang lain, ikan super red merupakan jenis arowana yang memiliki nilai jualan paling tinggi.

 

Super Red Arowana [SR]  merupakan spesies ikan purba yang hidup sezaman dengan dinosaurus dan masih bertahan hidup sampai saat ini.  Habitat aslinya ikan arowana super red hidup di perairan yang tenang dengan pH air sungai sekitar 6.8 – 7.5

Ia dinamakan super red kerana memiliki warna merah dan ring sisik yang jelas pada tubuhnya. Menurut kepercayaan sesetengah orang, ikan ini mampu mendatangkan tuah dan melancarkan rezeki. Sebenarnya arowana SR nilainya begitu tinggi bukan kerana kepercayaan, tetapi disebabkan kecantikan dan keistimewaan arowana itu sendiri.  Jadi, jangan hairan jika harga seekor arowana boleh mencapai harga ribuan ringgit disebabkan peminatnya memang sangat banyak.



Super Red semi short body RM 7000.00

SR arowana bukan saja digilai oleh peminat ikan hiasan warga tempatan malah menjadi buruan utama dunia bukan saja dari negara negara Asian malah terbang jauh hingga ke Eropah dan Amerika

SR Kapuas Hulu saiz 8 inci, harga pasaran semasa RM2000 lebih

Ikan ini secara alami tinggal di bahagian hulu Sungai Kapuas yang berbatasan langsung dengan Danau Sentarum. Ikan arowana SR memiliki karakteristik khusus yang berbeza dari jenis-jenis ikan arowana lainnya, khususnya warna yang merah cerah mulai dari bahagian mulut, penutup insang, sampai ke ekor.

SR Kapuas Hulu saiz 17 inci, harga semasa RM6000 ke atas


Pigmen merah pada SR disamping kerana faktor genetik asli ikan tersebut, ia sangat kuat dipengaruhi oleh kondisi lingkungan tempat tinggalnya. Pada umumnya, area lahan basah atau daerah tergenang di sekitar danau Sentarum memiliki tingkat keasaman (pH) kurang dari 6. Kondisi airnya sedikit gelap dan berwarna kemerah-merahan. Hal ini disebabkan oleh kandungan tanin yang tinggi pada air tersebut. Inilah yang lambat laun membuat warna arowana SR menjadi merah.

 

Selain itu, warna merah yang mencolok pada ikan arowana SR ini digunakan sebagai upaya adaptasi dengan lingkungannya. Air yang warnanya hitam kemerahan, menjadi lebih mudah bagi SR menyamarkan diri, terutama semasa hendak berburu mangsa. Seiring dengan berjalannya waktu, arowana merah mempunyai variasi yang semakin banyak berdasarkan bentuk tubuh dan warna tubuhnya. Penyebab utamanya ialah perkahwinan silang.

 Video: Lumut Alam


Berikut antara ciri-ciri ikan arowana super red yang berkualiti:

 

1. Karakteristik Umum

Pada dasarnya, arowana super red  Kapuas Hulu mempunyai ekor yang sangat lebar, berwarna merah secara keseluruhan, manakala SR lokal selain berwarna merah ada juga merah kekuningan, merah cerah,atau pun merah gelap, dan tidak banyak terdapat corak berwarna gelap di setiap tulang ekornya. 


Dayung SR Kapuas Hulu pula ternyata lebih panjang dan melengkung seperti sabit.


Pada bahagian sesungut, bibir, dan sirip dayung ikan dihiasi dengan warna kuning jingga, pink, atau merah. Sementara sisiknya terlihat mengkilap.


2. Ciri Fizikal

Super red yang berkualiti tinggi memiliki struktur tubuh yang sempurna, sihat, dan tidak cacat. Bentuk kepalanya terlihat menyerupai "spoon head" dengan mata yang tidak jatuh. Mulut dan bibir atas dan bawah sama panjang. Postur tubuh ikan ini pun harus lebar, gagah serta memiliki sirip dayung yang berukuran panjang dan susunan sisik yang rapi seperti butiran jagung. Arowana yang bermutu tinggi mempunyai ekor yang lebar, di mana lembaran sirip bahagian atas dan bawahnya cukup rapat.

SR Green Base 13 inci 


Banyak yang tidak mengetahui ciri-ciri ekor dari ikan arowana super red asli Kapuas Hulu Kalimantan Barat.  Istimewanya ikan arowana Super Red Kapuas Hulu pada sisik ekornya memiliki 2 bentuk, yang pada umumnya sering kita lihat adalah ikan arowana super red sisik ekor model kipas yang mengembang, namun sebenarnya ada juga sisik ekor ikan arowana super red yang berbentuk ujungnya meruncing seperti api kerana warnanya yang merah dan seperti jilatan api menyala yang dinamakan Ikan Arowana Super Red sisik ekor api.


3. Tingkah Laku

Jika dilihat dari tingkah lakunya, super red yang bagus memiliki gaya renang yang baik dan lincah serta tidak miring maupun menonggeng. Ikan tersebut tampak aktif berenang ke sana ke mari, tidak diam saja atau mematung di salah satu sudut akuarium.


4. Mental

Dari segi mental, usahakan pilih arowana tipe super red yang mempunyai mental tangguh. Hal ini dilihat daripada ikan yang tidak mudah terkejut dan menjauh ketika tangan tuannya mendekatinya. Arowana yang memiliki mental yang kuat dan tidak terlalu sensitif dengan keberadaan benda-benda di sekitarnya adalah lebih baik dan mudah menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekelilingnya. Ikan yang mudah terkejut dengan suasana sekeliling kemungkinan besar akan sering menabrak atau melompat ke permukaan menyebabkan kecederaan serius.



Jenis-Jenis arowana SR

Ikan arowana merah dibezakan kepada empat kelompok berdasarkan warnanya, iaitu merah darah (blood red), merah cili (chilli red), merah jingga (orange red), dan merah emas (golden red). Ikan arowana super red yang berwarna blood red atau chilli red dinilai memiliki kualiti yang lebih baik daripada orange red dan golden red. Faktor lain yang mempengaruhi nilai ikan arowana adalah anatomi, ukuran, dan tingkah lakunya.


Sedangkan menurut, ikan arowana merah dapat dikelompokkan ke dalam 3 jenis berdasarkan tingkat kecerahan warnanya iaitu super red, chilli red, serta blue base. Ikan arowana super red yang memiliki warna sangat cerah dan tajam termasuk dalam kategori grade 1. 

Sementara arowana merah yang warnanya tidak terlalu cerah seperti yellow red dan orange red termasuk dalam kategori grade 1.5. Begitu pula dengan ikan arowana yang berjenis crossback, RTG, dan hybrid juga boleh termasuk ke dalam grade 1 atau grade 1.5 jika kualiti ikannya sangat baik.  [Rujukan dari pelbagai sumber] Kredit: [covesia.com/ dokter-ikan.blogspot.com]

Post a Comment

0 Comments