Subscribe Us

Duduk Terlalu Lama Menjejaskan Kualiti Sperma

Sebuah studi menemukan kaum lelaki zaman sekarang banyak yang mengalami masalah kesuburan. Mereka rata-rata memiliki setengah seperma yang normal dengan kualiti yang rendah. Keadaan ini berbeza pada 50 tahun yang lalu. Peneliti meyakini ada banyak penyebabnya, salah satunya ialah duduk terlalu lama seperti bekerja di pejabat atau mengenakan pakaian jenis nilon.

Selain itu, peneliti meyakini keadaan ini juga disebabkan oleh paparan xenoestrogens (PCB, DDT, dioxin, bahan plastik dan polutan industri) yang meniru efek estrogen.

Menurut Jurnal natural health and wellness (ALIVE), banyak kaum lelaki yang mengalami kesulitan untuk memberikan isteri hamil kerana jumlah sperma yang terlalu sedikit.  Mengapa duduk terlalu lama menjejaskan kualiti sperma?

Dr Hudson Ogidi Direktur Medis King Hospital mengatakan, duduk dalam waktu yang lama menyebabkan bahagian berhampiran paha akan lebih hangat. Penelitian telah menunjukkan orang-orang yang duduk berjam-jam di depan komputer perlu istirahat setiap setengah jam. Apabila cara itu tidak praktis, mereka perlu melakukan beberapa latihan dan ambil lebih waktu rehat.

Dr Hudson Ogidi  mengatakan, mengenakan pakaian nilon atau pakaian ketat boleh menyebabkan skrotum panas, sehingga menekan testis dan menyebabkan peningkatan suhu yang mempengaruhi kualiti sperma. 

Lelaki yang memandu kenderaan terus-menerus selama jangka waktu yang lama berisiko meningkatkan kemandulan kerana menyebabkan peningkatan suhu skrotum, memampatkan testis dan tidak memungkinkan udara yang cukup untuk.

Anda disarankan agar mengambil istirahat selama bekerja untuk meregangkan dan bergerak menghirup udara, serta menghindari perjalanan jarak jauh. (NigeriaTribune)

Catat Ulasan

5 Ulasan

OKje berkata…
No komen...
ozzy berkata…
risiko pada yg bekerja sebagai pemandu & juga yg cuma duduk di pejabat
3no gr33ny berkata…
info baru buat hamba..terima kasih
Sop berkata…
nice sharing
byj faktor kan selain duduk :)
Qaiza berkata…
pemandu lori & pemandu teksi golongan yang paling berisiko...amalkan minyak kelapa dara untuk menambah baik kesihatan