Sayur-sayuran dan  buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi  kesihatan kita kerana kedua-duanya adalah makanan dari alam yang kaya akan  nutrien.
Untuk memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan, ada baiknya kita mengetahui manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna masing-masing.
Warna Hijau
Warna  hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil,  menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga  zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia  penyebab kanser.
Kandungan  serat, lutein, zeaxanthin, kalsium, folat, vitamin C, kalsium, dan beta-karoten pada sayur berwarna hijau juga membantu  menurunkan tekanan  darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, mendukung  kesihatan retina dan penglihatan, melawan radikal bebas berbahaya,  hingga meningkatkan aktivitas sistem kekebalan tubuh.
Warna Merah
Buah  dan sayur berwarna merah menandakan kandungan zat seperti likopen,  asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini mengurangkan risiko  kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal  pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas  berbahaya. Bersambung...[suaramedeka.com]

10 Ulasan
http://monologdiricikgumas.blogspot.com/