Subscribe Us

Tuah Kucing...Penduduk & Kucing di Cat Island Jepun Selamat Daripada Gempa dan Tsunami

Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini .  Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat.  Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing  kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya. 
Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini  sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan  industri pelancongan. Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan  bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira  status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing  dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah. 
Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami.
Nabi Muhammad saw juga amat menyayangi kucing.  Pastinya ada sesuatu  kelebihan tentang kucing.

Post a Comment

16 Comments

Admin said…
Assalamualaikum...

Saya juga menyukai kucing terutamanya kucing kampung yang "gebu".

Di kawasan sekitar kompleks yang menempatkan kedai saya juga ada seekor kucing yang sudah "rapat" dengan saya. Badannya gebu dan yang paling menarik perhatian saya ialah kucing tersebut "juling air".

Kucing itu sering menunggu saya di depan pintu kedai saya untuk sama2 pergi makan ke restoran terdekat. Ia akan berlari lari ke arah jika nampak saya dari jauh. Kadang2 kucing itu malas nak berjalan sendiri dan memberi isyarat pd saya utk mendokongnya.

Sekarang ini kucing itu sudah hampir sebulan lebih tidak kelihatan. Kadang2 ada malam2 tertentu saya seperti terdengar ia "mengiau...". Entah apalah yang terjadi padanya....
mommylavender said…
rakyat jepun mmg penyayang...tah kenapa rakyat kite neh buang anak pun tak rase ape2
mommylavender said…
rakyat jepun mmg penyayang...tah kenapa rakyat kite neh buang anak pun tak rase ape2
Unknown said…
bt0wl3...
kucing mmg bintang kesygn nabi s.a.w...:)

setuju3...
0rg skrg buang ank mcm buang sampah...xder perikemanusiaan..
kay_are said…
dari ape yang orang tua cakap, kucing ni spesel.. kalau kucing yang kte bela x lari dari umah bile jadi bencane macam banjir or pape je, means umah kite tu selamat untuk kte duduk lagi =)
sud@is said…
ada kebetulan kot
orang kata bela kucing murah rezeki
intan.maisarah said…
kucing kucing..

puss puss
harap2 seri dapat tuah kucing juga...kat rumah ade lebih 10 ekor he..he..
Anonymous said…
nsib baik kucing slamt..agknye sbb dorg sygkn binatang..Allah pn slmtkn dorg skali :)
akak bela kucing 5 ekor..baru tiga hari lepas..org majlis perbandaran dtg bagitahu yg ada jiran komplen sbb akak bela kucing..itu satu hal...tadi pulak..tuan rumah yg akak sewa ni..tiba2 bgtahu dia nak renovet rumah ni..jadi akak kena pindah..dah jadi dua hal...!!!..nasib..nasib...( tapi bela kucing mmg banyak hikmahnya..sbb tu lah Nabi pun suka kucing..)..
sye pon pecinta kucing.. sgt2!! heee ;)
Anonymous said…
kucing makhluk Allah yg lbh mulia dr manusia yg lalai:D
Anonymous said…
aku ada 3 ekor kucing. betty, bella n dak tecik. dak tecik anak aku selamatkan selepas ibunya mati. anak aku suapkan susu sbb baru 2minggu dilahirkan. sekarang dah umor dekat setahun. dulu aku ada kucing namanya mimi(ibu betty) mati kena makan anjing separuh badannya je yg tinggal. aku anak beranak menangis sampai jiran aku keluar rumah ingatkan kami begaduh... dah 3 thn mimi pegi. aku syg kucing2ku
yahaya said…
menarik artikel ini...saya memang suka kucing...
Cik Yan said…
saye pun ade bela kucing jugak..byk....
x kesah la org nak ckp ape pun..(cth: bela kucing x m'dtg kan hasil, duit habis kat mknn kucg jek. bela ayam,itik, kmbing n .... lgi bagus)
tapi sye percaya klu kite x dpt faedahnya di dunia ni, insya ALLAH klu kite syg n rawat kucing tu dgn ikhlas, kat akhirat nnti ade gnjarannya..