Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini . Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat. Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya.
Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan industri pelancongan. Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah.
Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami.
Nabi Muhammad saw juga amat menyayangi kucing. Pastinya ada sesuatu kelebihan tentang kucing.
Nabi Muhammad saw juga amat menyayangi kucing. Pastinya ada sesuatu kelebihan tentang kucing.
16 Comments
Saya juga menyukai kucing terutamanya kucing kampung yang "gebu".
Di kawasan sekitar kompleks yang menempatkan kedai saya juga ada seekor kucing yang sudah "rapat" dengan saya. Badannya gebu dan yang paling menarik perhatian saya ialah kucing tersebut "juling air".
Kucing itu sering menunggu saya di depan pintu kedai saya untuk sama2 pergi makan ke restoran terdekat. Ia akan berlari lari ke arah jika nampak saya dari jauh. Kadang2 kucing itu malas nak berjalan sendiri dan memberi isyarat pd saya utk mendokongnya.
Sekarang ini kucing itu sudah hampir sebulan lebih tidak kelihatan. Kadang2 ada malam2 tertentu saya seperti terdengar ia "mengiau...". Entah apalah yang terjadi padanya....
kucing mmg bintang kesygn nabi s.a.w...:)
setuju3...
0rg skrg buang ank mcm buang sampah...xder perikemanusiaan..
orang kata bela kucing murah rezeki
puss puss
x kesah la org nak ckp ape pun..(cth: bela kucing x m'dtg kan hasil, duit habis kat mknn kucg jek. bela ayam,itik, kmbing n .... lgi bagus)
tapi sye percaya klu kite x dpt faedahnya di dunia ni, insya ALLAH klu kite syg n rawat kucing tu dgn ikhlas, kat akhirat nnti ade gnjarannya..