Subscribe Us

Cabai Merah Yang Manis

Bogor: Cabai sinonim dengan rasanya yang pedas. Namun di tangan Ibu Fatimah, cabai merah yang segar bertukar  menjadi manisan. Manisan cabai milik Fatimah dijual pada harga Rp 70 ribu per kilogram. Kalau anda ke Bogor dan berhajat ingin merasanya  singgahlah  di kawasan Cimahpar, Bogor, Jawa Barat.

Bahan-bahan untuk membuat manisan ini sangat mudah, antaranya mestilah cabai merah, gula, garam, dan air. Mula- mula cabai merah dibelah untuk dibuang isinya. Selanjutnya rendam cabai yang telah dibuang isinya ke dalam air garam selama enam hingga 12 jam. Ini untuk menghilangkan sisa-sisa rasa pedasnya.

Selanjutnya masak air dan gula pasir. Kacau sehingga merata. Angkat dan pastikan gula yang dimasak masih dalam keadaan panas. Ambil cabai yang telah direndam dalam larutan garam, tiriskan dan cuci bersih. Kemudian rendam cabai dalam larutan gula. Rendam kira-kira 6-12 jam. Cabai yang sudah manis pun siap untuk dihidangkan.

Cabai merah memiliki beberapa khasiat untuk kesihatan. Cabai merah termasuk salah satu buah dan sayuran yang kaya vitamin C, vitamin A, dan vitamin B1 yang sangat tinggi sehingga efektif untuk menjaga kondisi tubuh manusia. [sumber : liputan6.com]

Catat Ulasan

9 Ulasan

Fadzli Amir berkata…
kalu makan cabai tuk rasa manis baik makan gula terus kan...heheheheh
umiawadah berkata…
cabai tu yang pedas isi kat tengah tu je...kalau dah buang tak pedas pun..biasa buat perhiasan je sama ada dalam sayur atau dalam gulai(yang hijau)..mm..macam mana lak rasa manis dia ek..
ZannaMazlan berkata…
salam morninkk!!! zanna singgah cni ^.^

jom jalan2 kat mid valley ^.^
Pia berkata…
kalau dah jadi manis macam tu apa ada khasiat nya lagi..itu namanya cili jeruk..macam jeruk yg terkenal kt penang tu,BUah2 segar yg dijerukkan dgn gula yg berkilo2. Dah tak de khasiat lg berbanding ngan buah yg di mkn segar.(Pendpt sy yer..)
farhana sahri berkata…
ooooooo.....sy lak suke jeruk cili..hehe.masam
Firdaus Life berkata…
oh x kenal ape tu cabai. kalo lada bru kenal. hehehe
Unknown berkata…
oh xtau lak yg boleh ditukar jd manisan....x terfikir langsung....
Mawar Merah berkata…
Wow. Bestnye. Boleh la pedajal org dgn meletakkan cili fresh di celah2 cili yg dh dimaniskan tu. Mau terjelir lidah. ngahaha
||aLeaSaRa|| berkata…
alah tak suka manis2..kalau masam sedaplah cili tu buat jeruk,mkn lak ngan kuew teow panas perghh!kite tag org Muo semuanya..jom sggh.

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/01/my-1st-giveaway-in-2011.html