Membakar mercun dan bunga api adalah budaya kaum Cina menandakan bermulanya Tahun Baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Tradisi membakar mercun ini telah menular dan meresap perlahan-lahan sehingga menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu dan juga India di negara kita setiap kali tiba musim perayaan masing-masing.
Namun tujuan mereka membakar mercun hanyalah sekadar memeriahkan sambutan hari perayaan tersebut, bukan bertujuan menghalau hantu atau nasib malang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Peliknya, pembakaran mercun oleh masyarakat Cina tidak pula mengakibatkan kejadian malang. Jarang sekali kita mendengar kes kematian, kecederaan dan kebakaran akibat pembakaran mercun yang dilakukan masyarakat Cina.


Tidak dinafikan membakar mercun atau bermain bunga api pada hari perayaan sedikit sebanyak memberikan suasana meriah dan seronok kepada kita dan anak-anak. Namun langkah-langkah keselamatan harus diberi perhatian terutamanya semasa anak-anak kita bermain bunga api dan mercun supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Selamat Hari Raya
4 Comments
orang dok kalut mengaji QURAN..depa dok kalut dgn mercun...
itulah yg peliknya..org melayu selalu yg putus jari
wah, berbeza sekali...