Subscribe Us

Hari Raya : Mercun & Bunga Api & Tragedi


Membakar mercun dan bunga api adalah budaya kaum Cina menandakan bermulanya Tahun Baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. 
Tradisi membakar mercun ini telah menular dan meresap perlahan-lahan sehingga menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu dan juga India di negara kita setiap kali tiba musim perayaan masing-masing. 
Namun tujuan mereka membakar mercun hanyalah sekadar memeriahkan sambutan hari perayaan tersebut, bukan bertujuan menghalau hantu atau nasib malang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Peliknya, pembakaran mercun oleh masyarakat Cina tidak pula mengakibatkan kejadian malang. Jarang sekali kita mendengar kes kematian, kecederaan dan kebakaran akibat pembakaran mercun yang dilakukan masyarakat Cina.
Sebaliknya apa yang berlaku, nasib malang kerana bermain mercun telah menimpa segelintir orang Melayu akibat bermain  tidak mengikut peraturan. Kes-kes kemalangan kerana bermain mercun bukan saja melibatkan kanak-kanak malah orang dewasa berpunca daripada tindakan salah laku mangsa mengubah suai mercun atau mercun buatan sendiri.
Tindakan kerajaan mengharamkan mercun dijual kepada orang ramai secara terbuka tidak memberikan kesan. Mercun haram masih boleh diperoleh melalui pasaran gelap kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai termasuklah kita semua...

Tidak dinafikan membakar mercun atau bermain bunga api pada hari perayaan sedikit sebanyak memberikan suasana meriah dan seronok kepada kita dan anak-anak. Namun langkah-langkah keselamatan harus diberi perhatian terutamanya semasa anak-anak kita bermain bunga api dan mercun supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Selamat Hari Raya 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
Haramkan saja bunga api tu..sebab disebalik bunga api yg dibenarkan tu lah akan timbul mercun..dari yg kecik sampailah yg boleh membunuh..
orang dok kalut mengaji QURAN..depa dok kalut dgn mercun...
cik miss berkata…
ngerinye tiap2 kali tgk mangsa2 mercun ni...setiap thn mst ada tp bdk2 ni xsedar2 lgsung...
ozzy berkata…
salam..
itulah yg peliknya..org melayu selalu yg putus jari
Ampuan Awang berkata…
Orang cina letupkan mercun tuk halau hantu; orang kita letupkan mercun untuk putuskan jari pada badan!

wah, berbeza sekali...