Subscribe Us

Berat Awan Mencapai 500 000 Kg, Bagaimana Awan Boleh Terus Terapung Di Udara

Penyelidik telah mengira bahawa awan kumulus purata adalah kira-kira 500,000 kg. Seperti yang kita ketahui, awan terdiri daripada zarah air dan udara yang kedua-duanya mempunyai jisim. Untuk menentukan berat awan kumulus, penyelidik perlu menentukan saiz dan ketumpatan awan.

 

Mereka telah mendapati bahawa ketumpatan air awan kumulus adalah kira-kira 0.5g/m padu dan isipadu puratanya ialah 1 km padu. 1 kilometer padu awan mengandungi 1 bilion meter padu dan dengan melakukan pengiraan mendarab isipadu dan ketumpatan, penyelidik telah mendapati awan kumulus mempunyai berat 500,000 kg yang hampir bersamaan dengan lima ekor ikan paus biru dewasa! Haiwan terbesar di planet kita.

 

Menariknya bagaimana awan tebal ini boleh terus terapung? Ini kerana udara di atmosfera kurang tumpat berbanding di bawah dan beratnya tidak tertumpu di satu kawasan. Awan adalah daripada titisan air kecil dan hablur ais yang merebak merentasi ruang besar dalam awan, di mana graviti tidak memberi kesan kepada mereka. Selain itu, akibat pemeluwapan, awan menjadi terapung dan mampu terapung di langit. [thepetridish.my]

Catat Ulasan

0 Ulasan