Tubuh manusia memerlukan
oksigen dalam batas normal untuk menunjang tenaga kerja setiap sel di dalam
tubuh. Untuk itu, kadar oksigen perlu terjaga.
Seperti diketahui umum, sebahagian besar oksigen dibawa oleh sel-sel darah
merah dari paru-paru dan diedarkan ke seluruh bahagian tubuh. Mengetahui kadar oksigen dalam darah sangat penting
untuk melihat kondisi tubuh jika diserang suatu penyakit.
Orang yang sihat secara umumnya akan memiliki kadar oksigen darah yang normal. Dalam kes lain, seseorang kelihatan seperti sihat dan tidak memiliki gejala, tetapi memiliki kadar oksigen darah yang rendah. Keadaan ini disebut "happy hypoxia" dan boleh dihidapi oleh penderita COVID-19. Kadar oksigen rendah atau hipoksemia dapat menimbulkan bermacam-macam gejala, seperti sakit kepala, sesak nafas, nyeri dada, jantung berdegup pantas, peluh dingin, batuk-batuk, kebingungan, dan kulit membiru.
Kadar Oksigen Normal dalam Darah
Besarnya kadar oksigen normal
dapat diketahui dalam bentuk yang berbeza-beza, bergantung kepada cara
pengukurannya. Terdapat 2 cara mengukur ketepuan oksigen dalam darah, iaitu
dengan analisa gas darah (AGD) atau
dengan alat pulse oximeter:
• Kadar oksigen tinggi - Tekanan parsial oksigen (PaO2): di atas 120 mmHg
• Kadar oksigen normal - Saturasi oksigen (SaO2): 95–100%, Tekanan parsial oksigen (PaO2): 80–100 mmHg
• Kadar oksigen rendah - Saturasi oksigen (SaO2): di bawah 95%, Tekanan parsial oksigen (PaO2): di bawah 80 mmHg
Cara Mengatasi Kadar Oksigen Dalam Darah Di Bawah Batas Normal
Rendahnya kadar oksigen dalam darah dapat disebabkan oleh berbagai perkara. Beberapa faktor yang menjadi penyebabnya adalah seperti tidak adanya cukup oksigen di udara adalah, paru-paru tidak mampu menghirup dan mengirim oksigen ke semua sel serta jaringan, ketidakmampuan darah untuk bersirkulasi dengan baik, hingga terjadinya penyakit seperti asma, anemia, mahupun sakit jantung.
Untuk mengatasi keadaan tersebut, anda boleh menggunakan alat bantuan pernafasan untuk mendapatkan bekalan oksigen tambahan. Penggunaan alat bantuan pernafasan membantu mengatasi kondisi tersebut dan mengurangkan risiko mengalami komplikasi. Namun, cara ini hanya boleh dilakukan sesuai dengan saranan doktor.
Anda boleh membeli alat pulse oximeter untuk memeriksa kadar oksigen dalam darah di rumah. Apabila anda mengalami gejala hipoksemia, seperti sesak nafas, peluh dingin, dan lemas, atau mendapati kadar oksigen darah yang rendah pada pulse oximeter, segera merujuk dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut yang tepat.
Alat pulse oxymeter
Pulse oxymeter merupakan alat
penguji ketepuan oksigen yang cukup praktis dan dapat digunakan sendiri di rumah.
Alat ini menilai jumlah oksigen di dalam darah dengan cara mengirimkan sinar
inframerah ke pembuluh darah kapiler. Kadar oksigen dalam darah disukat dari
banyak cahaya yang dipantulkan dari kapiler. Dibandingkan dengan AGD, alat ini
hanya sedikit kesalahan pengukuran kurang 2%.
Ertinya, hasil ujian kadar oksigen dalam darah mungkin 2% lebih tinggi
atau lebih rendah dari tingkat sebenarnya.
Meskipun begitu, pulse oximeter tetap sangat berguna untuk melihat kadar oksigen darah. Alat ini juga sering digunakan di hospital untuk menilai fungsi jantung dan pernafasan pasien lebih cepat. Hasil pengukuran pulse oximeter menunjukkan peratus saturaasi oksigen (SpO2). Hasil kadar oksigen darah normal dan abnormal pada pulse oximeter adalah seperti berikut:
Analisa gas darah (AGD)
Analisa gas darah (AGD), merupakan pengujian darah yang diambil melalui pembuluh darah arteri. Selain mengukur saturasi oksigen (SaO2) atau kadar oksigen dalam darah, ujian ini juga mengukur tekanan parsial oksigen (PaO2), tekanan parsial karbon dioksida (PaCO2), kadar bikarbonat (HCO3), dan pH darah arteri. [Pelbagai sumber; alodokter.com, Healthline]
0 Comments