Terdapat lebih 1,200 jenis
tembikai yang ditanam di seluruh dunia, tidak ada yang lebih mahal atau lebih
dicari daripada tembikai hitam Densuke yang terkenal.
Pokok tembikai ini ditanam hanya di pulau utara Hokkaido, dalam kuantiti yang kecil yang jarang melebihi 100 unit setahun, Densuke dianggap sebagai salah satu tembikai paling jarang di dunia. Ia bukan jenis buah yang anda jangkakan untuk ditemui di pasar atau kedai runcit. Sebaliknya, hanya beberapa biji saja yang ada setiap tahun dilelong kepada pembida tertinggi dalam acara yang sangat dinanti-nantikan, dengan harga ratusan, malah mencecah ribuan ringgit.
Tembikai Densuke biasanya boleh dibeli pada harga bermula sekitar $250 sebiji, tetapi di kebanyakan negara ia masih dianggap keterlaluan harganya untuk membayar sebiji buah.
Tembikai Densuke paling mahal
dalam sejarah telah dilelong pada 2019, dengan harga 750,000 yen Jepun
($6,000). Harga telah turun dalam dua tahun lepas, disebabkan oleh pandemik
Covid-19, tetapi tembikai hitam kekal sebagai varieti paling mahal di dunia, setakat
ini.
Terkenal dengan kulit luarannya yang hitam dan berkilat, tembikai Densuke dikatakan mempunyai isi yang segar, tahap kemanisan yang lebih tinggi daripada jenis tembikai lain, dan biji yang lebih sedikit.
Mempunyai rupa yang unik
berbanding buah tembikai lain, tembikai Densuke amat terkenal di kalangan
golongan berkemampuan kerana kerap kali dijadikan sebagai hadiah perkahwinan
golongan bangsawan.
Melihat isinya, tampak
kelihatan serupa saja dengan tembikai-tembikai lain namun rasanya dikatakan
jauh lebih manis serta mempunyai kerangupan yang amat mengujakan pemakannya
Seperti kebanyakan produk mewah lain, tembikai Densuke dibungkus dalam kotak kadbod padu yang dihias indah bagi melindungi buahnya daripada rosak, disertakan sijil pengesahan status tembikai itu kerana bukti ketulenan adalah sangat penting. Ia sering dijadikan sebagai hadiah untuk menunjukkan rasa hormat, rasa terima kasih dan untuk mengekalkan hubungan yang berkekalan.
Setiap pembeliannya akan
disertakan dengan kotak cantik, serta sijil asal kerana bukti ketulenan adalah sangat penting sesuai dengan harganya yang sangat mahal.
Walaupun kelangkaan varieti itu pasti memberi kesan pada harga tembikai Densuke, perlu diingatkan bahawa harga yang ditawarkan juga mencerminkan jumlah masa dan dedikasi yang diperlukan untuk menanam dan merawatnya.
[rujukan pelbagai sumber,odditycentral]
0 Comments