Masjid al-Nabawi (Bahasa Arab:
المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau
"Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di
sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid
paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
1. Mihrab Nabawi (محراب نبوي)
Mihrab Nabawi (محراب نبوي) di
Masjid al Nabawi terletak di satu tempat Nabi Muhammad ﷺ pernah mengimami solat.
Hari ini, Imam Masjid al Nabawi mengetuai Solat di tempat yang sama.
Posisinya berada di Raudhah,
sebelah kiri mimbar Nabi. Awalnya memang tidak ada mihrab semasa Nabi dan empat
khalifah berikutnya. Hanya menyebut tempat imam. Setelah berlaku pertukaran arah
kiblat, Nabi solat dekat tiang Aisyah selama dua atau empat bulan, kemudian ke
Pilar Al-Mukhallaqah dan solat di sana selama beberapa hari. Tempat solat
baginda inilah yang kemudian dibangunkan mihrab oleh Umar bin Abdil Aziz.
2. Mihrab Tahajud (محراب تہجّد)
Mihrab Tahajjud (محراب تہجّد)
di Masjid Nabawi terletak di sebelah Utara masjid. Ia asalnya adalah
tempat di mana Nabi Muhammad ﷺ biasa mendirikan solat Tahajud.
Ahli sejarawan mendakwa bahawa
Mihrab Tahajud ini telah wujud pada zaman Ibn Najjar pada tahun 643 H.
Para pemimpin kerajaan Uthmaniyyah
mengubahsuainya dengan menggunakan batu merah. Mereka juga mengukir ayat Tahajud
di mihrab dengan emas.
3. Mihrab Fatimah (محراب فاطمة)
Mihrab Fathimah terletak di Selatan mihrab Tahajud, tempat dahulu merupakan tapak letak rumah beliau. Mihrab ini sangat mirip dengan Mihrab Nabi
dan dibina pada zaman Mamluk.
4. Mihrab Uthmani (محراب عثماني)
Mihrab Uthmaniyyah atau Mihrab
Uthamni (محراب عثماني) di Masjid Nabawi dibina di dinding arah kiblat
masjid. Mihrab ini asalnya adalah tempat Uthman bin Affan mengimami solat. Mihrab uthmani ini awalnya dibina oleh Al
Waleed bin Abdul Malik pada tahun 91 H.
Kemudian pada tahun 888H
(1483M), ia diubahsuai dan diberi bentuk baru. Bentuk mihrab ini adalah ilham Sultan
Qaytbai.
5. Mihrab Sulemani (محراب سليماني)
Mihrab Sulemani (محراب سليماني)
dibina pada separuh kedua abad kesembilan. Ia terletak di tiang ketiga di
sebelah barat mimbar di Masjid Nabwi. Mihrab
yang juga dikenal dengan nama mihrab Al-Hanafi.
Mihrob ini dibangun oleh Thughon Syaikh pada tahun 860 H (1455M). Seorang imam dari mazhab Hanafi telah dipilih
untuk memimpin solat, sehingga disebut pula Mihrab Hanafi.
Ia diberi nama Mihrab Suleimani ketika Sultan Suleiman Khan (Al Qanuni) membangun kembali dan memperbaharui Mihrab ini pada tahun 938H (1531M). Baginda Sultan juga menyusun batu berbunga putih dan hitam di atasnya. Ia masih terdapat dalam keadaan yang sama.
0 Comments