Adakah anda pernah mengesyaki
suami buat-buat tidak mendengar bila bayi menangis pada waktu malam? Mungkinkah
anda pernah terfikir dia mahu lari dari tanggungjawab menguruskan anak menangis
di waktu malam?
Satu kajian mendapati mereka memang 'tidur mati' dan tidak mendengar langsung bunyi tangisan bayi ketika mereka sedang tidur. Pengkaji dari MindLab, sebuah badan yang mengeluarkan ubat demam dan selesema ingin tahu apa yang boleh menganggu tidur wanita dan lelaki.
Lelaki memang tak dengar bunyi anak menangis tengah malam
Berdasarkan kajian itu,
didapati wanita akan terbangun apabila mendengar bunyi tangisan bayi dan
menariknya lelaki hanya terbangun apabila mereka mendengar bunyi penggera
kereta! Pelik bukan? Memang benar! Berdasarkan kajian itu lelaki langsung tidak
terbangun apabila disajikan dengan bunyi bayi menangis!
Para pengkaji menyimpulkan
perbezaan kepekaan wanita dan lelaki terhadap bunyi tertentu. Wanita lebih cepat respon kepada perkara yang
boleh mengancam kanak-kanak atau anaknya manakala lelaki pula lebih peka jika
mendengar bunyi yang boleh mengancam dan mendatangkan bahaya kepada keluarganya.
Bagi lelaki, mereka memang ada
senarai tersendiri, mereka mampu mendengar dan peka kepada bunyi angin kuat,
lalat terbang, dengkuran, bunyi dari saluran air, cengkerik, penggera
kecemasan, jarum jam, penggerudian dan titisan air.
Kenapa bayi menangis pada waktu malam?
Ada sesetengah bayi suka benar
menangis pada waktu tengah malam. Jadi
penjelasandari Dr Zubaidi Ahmad, mungkin boleh merungkai tanda tanya yang sering
buat ibu bapa buntu mengenai alasan mengapa anak mereka menangis pada waktu
malam.
Menurutnya, fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini
kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi
mereka di ‘usik’ oleh makhluk halus.
Apakah agaknya punca anak
menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi
ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis? Banyak
alasan mengapa mereka menangis.
1. Bayi cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya
Pakar psikologi kanak-kanak
memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya. Ayat
yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibu bapa.
2. Lapar
Antara sebab mereka menangis
di waktu malam kerana mereka lapar. Bayi yang berumur kurang dari setahun
terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil.
Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6
jam.
3. Suhu bilik atau tempat tidur
Suhu bilik di mana kita
letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu
panas, tentu ia tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan
menambahkan ketidakselesaan.
4. Masih bertenaga
Pastikan bayi anda tidak tidur
sepanjang waktu siang. Ada bayi yang pada waktu siang akan rehat dan tidur,
sementara pada waktu malamnya pula masih bertenaga. Mereka masih mahu bermain sedangkan ibu bapa
pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.
5. Kepenatan
Ramai yang tidak percaya jika
diberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan. Ibu bapa sering
menganggap bayi mereka ibarat patung ’babydoll’ yang tidak boleh berasa penat.
Lagi-lagi apabila anak berada
dalam car seat bayi terlalu lama. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu
otot-otot mereka berasa lenguh.
Jika bayi berumur 6 bulan ke
atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan
menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.
Semoga bermanfaat. [my.
1 Comments