Subscribe Us

Kajian: Bukan Disengajakan, Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

Adakah anda pernah mengesyaki suami buat-buat tidak mendengar bila bayi menangis pada waktu malam? Mungkinkah anda pernah terfikir dia mahu lari dari tanggungjawab menguruskan anak menangis di waktu malam?

 

Satu kajian mendapati mereka memang 'tidur mati' dan tidak mendengar langsung bunyi tangisan bayi ketika mereka sedang tidur.  Pengkaji dari MindLab, sebuah badan yang mengeluarkan ubat demam dan selesema ingin tahu apa yang boleh menganggu tidur wanita dan lelaki.

 

Lelaki memang tak dengar bunyi anak menangis tengah malam

Berdasarkan kajian itu, didapati wanita akan terbangun apabila mendengar bunyi tangisan bayi dan menariknya lelaki hanya terbangun apabila mereka mendengar bunyi penggera kereta! Pelik bukan? Memang benar! Berdasarkan kajian itu lelaki langsung tidak terbangun apabila disajikan dengan bunyi bayi menangis!

 

Para pengkaji menyimpulkan perbezaan kepekaan wanita dan lelaki terhadap bunyi tertentu.  Wanita lebih cepat respon kepada perkara yang boleh mengancam kanak-kanak atau anaknya manakala lelaki pula lebih peka jika mendengar bunyi yang boleh mengancam dan mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

 

Bagi lelaki, mereka memang ada senarai tersendiri, mereka mampu mendengar dan peka kepada bunyi angin kuat, lalat terbang, dengkuran, bunyi dari saluran air, cengkerik, penggera kecemasan, jarum jam, penggerudian dan titisan air.

 

Kenapa bayi menangis pada waktu malam?

Ada sesetengah bayi suka benar menangis pada waktu tengah malam.  Jadi penjelasandari Dr Zubaidi Ahmad, mungkin boleh merungkai tanda tanya yang sering buat ibu bapa buntu mengenai alasan mengapa anak mereka menangis pada waktu malam.

 

Menurutnya, fenomena  bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka di ‘usik’ oleh makhluk halus.

 

Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis? Banyak alasan mengapa mereka menangis.

 

1. Bayi cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya

Pakar psikologi kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibu bapa.

 

2. Lapar

Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana mereka lapar. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan.  Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.

 

3. Suhu bilik atau tempat tidur

Suhu bilik di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian.  Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ia tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidakselesaan.

 

4. Masih bertenaga

Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang. Ada bayi yang pada waktu siang akan rehat dan tidur, sementara pada waktu malamnya pula masih bertenaga.  Mereka masih mahu bermain sedangkan ibu bapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.

 

5. Kepenatan

Ramai yang tidak percaya jika diberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan. Ibu bapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung ’babydoll’ yang tidak boleh berasa penat.

 

Lagi-lagi apabila anak berada dalam car seat bayi terlalu lama. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh.

Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.

Semoga bermanfaat. [my.theasianparent.com]

Catat Ulasan

1 Ulasan

Blog Owner berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.