Subscribe Us

Roti Kitab, Menu Klasik Ala-Ala Kampung Pak Inchik Kafe, Laman Ole-Ole Maharani Muar

Pagi ini orangmuo bersarapan pagi di Laman Ole-Ole Maharani Muo. Bertemankan isteri, orangmuo terus ke Laman Ole-Ole Maharani Muo yang terletak di antara Jalan Tanjung (Jalan Petrie) dan Jalan Maharani, bersebelahan dengan Muar Traders Hotel, antara hotel ternama di daerah Muo. Kedudukan Laman Ole-Ole Maharani betul-betul berada di tengah-tengah bandar Muo, dengan viewnya yang sangat cantik di tepi Muara Sungai Muar memudahkan para pengunjung menuju ke destinasi.



Terdapat banyak gerai atau kafe di Laman Ole-Ole Maharani yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan sama ada untuk bersarapan pagi, minum petang atau makan malam.  Salah sebuah kedai yang menarik perhatian orangmuo ialah 
"Pak Inchik Kafe".  Kafe ini menyediakan menu sarapan pagi berkonsepkan ala-ala kampung.   


Jika anda merindukan masakan sarapan pagi ibu atau nenek di kampung, singgahlah bersarapan di Kafe Pak Inchik, kerana banyak menu ala-ala kampung yang disajikan di kafe ini mempunyai kualiti rasa masakan kampung,  sedap-sedap belaka.


Antara menu sarapan pagi yang tersedia di kafe ini ialah  roti kitab, roti arab, roti kacang pold, roti jala kambing/ayam, lempeng kambing/ayam, lontong, soto bergedil, nasi lemak basmathi dan sebagainya. 


Menu paling istimewa yang terdapat di Kafe Pak Inchik ialah Roti Kitab.  Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasa roti kitab Pak Inchik Kafe.  Sebenarnya ia adalah menu simple, namun ia lain dari yang lain, tiada di tempat lain:)  Bahan-bahannya adalah sekeping roti tebal seperti sebuah buku teks, yang ditempah khas terus dari kilang.


Roti ini dibakar dan disapu dengan mentega, kemudian disajikan dengan telur setengah masak bersama dengan kaya! Gabungan telur separuh masak dengan kaya, agak unik bukan, tetapi memang sedap. Walaupun tebal, tekstur rotinya tetap lembut dan halus. Rasanya memang enak, sangat santai, dan anda akan berasa puas hati.  


Selain itu, anda juga dapat menikmati keenakan roti jala atau lempeng kampung yang lemak rasanya dimakan dengan kari ayam atau kari kambing, betul-betul terasa seolah-olah seperti bersarapan di rumah nenek di tepi sawah.

Kafe Pak Inchik ini diusahakan oleh bekas pengurus sebuah hotel terkenal di Muar (Hotel Classic Muar), Encik Shamshul.  Berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus hotel selama 25 tahun, sudah tentu beliau amat mahir berkaitan dengan pengurusan hotel dan pengurusan makanan, dari situ beliau  dibantu oleh isterinya dengan 7 orang pekerja yang cekap dan berdisiplin tinggi memulakan perniagaan kafe Pak Inchik pada tahun 2020. 


Menurut En Shamshul lagi, selain roti kitab,  menu istimewa lain menjadi pilihan ramai pengunjung ialah roti kacang pold.  Ternyata ia juga sangat sedap.  


En Shamshul amat mengutamakan keselesaan pelanggannya.  Beliau akan memastikan setiap pelanggannya mendapat layanan sepenuhnya. Anda tidak perlu menunggu lama kerana beliau akan memastikan menu yang dipesan oleh setiap pelanggannya akan sampai  tidak lebih dari 7 minit. 


Kafe Pak Inchik dibuka pada setiap hari, kecuali hari Rabu tutup.  Operasi perniagaan bermula pada pukul 7.00 pagi - 12 tengah hari.



Laman Ole-Ole Maharani

Laman Ole-Ole Maharani merupakan medan selera yang menempatkan beberapa lot kedai makan dan cenderahati. Bangunan yang tersedia adalah daripada set kontena dua tingkat yang disusun atur sebegitu rupa sehingga kelihatan sangat menarik dan bergaya klasik, terutamanya pada waktu malam ia akan lebih mempesona dengan sinaran cahaya lampu beraneka warna. 

Selain Kafe Pak Inchik, banyak lagi kedai-kedai yang mengusahakan perniagaan di Laman Ole-Ole Maharani, masing-masing menyajikan pelbagai menu instimewa yang berbeza, pastinya membuatkan anda ingin merasai kesemua makanan yang ada dijual di situ. Antaranya kedai makan Lapo House, Sate Dhuha, Shell Out Muo, Cendol De' Raja dan lain-lain lagi. Lain kedai lain keistimewaannya.

Buat para pengunjung yang datang melancung ke bando Muo, sudi-sudikanlah bersarapan pagi atau ngeteh petang ataupun dinner bersama famili dan rakan-rakan di Laman Ole-Ole Maharani, sambil santai menikmati tiupan bayu laut muara sungai Muo.  Anda juga boleh join sama dengan kaki pancing yang memenuhi tebing sungai muara sungai Muo. Selamat menjamu selera. Muo Destinasi Unik.

Jom sarap sate Dhuha Laman Ole-Ole Maharani

Urusniaga Kafe Pak Inchik:

Lokasi: Laman Ole-Ole Maharani

Buka: Khamis-Selasa, Rabu tutup

Masa: 7.00 pagi- 12.00 tengah hari

Catat Ulasan

0 Ulasan