'Negara Enclave' adalah sebuah negara kecil yang sepenuhnya terletak di dalam sebuah negara lain, dan negara itu dikelilingi oleh hanya satu negara tersebut. Hanya ada tiga negara di seluruh dunia yang sesuai dengan definisi negara kantong atau negara Enclave. Dua daripadanya, Vatican City dan San Marino , terletak di Eropah, sementara yang ketiga, Lesotho, terletak di Afrika.
1. Lesotho
Lesotho, yang secara rasmi
dikenali sebagai Kerajaan Lesotho, adalah sebuah negara yang terletak di dalam
negara Afrika Selatan. Ia dikelilingi sepenuhnya oleh negara Afrika Selatan. Lesotho adalah negara bagi bangsa orang
Basotho. Bangsa Basotho dibentuk di bawah Raja Moshoeshoe sebelum berhubungan
dengan orang Eropah, yang pertama kali terjadi pada tahun 1833.
Bagaimana negara ini terbentuk?
Pada pertengahan abad ke -19 ,
berlaku serangan ke atas wilayah Basotho oleh penjajah Belanda dan meyakinkan
Raja Moshoeshoe untuk membentuk pakatan dengan Jajahan Tanjung British. Pada
tahun 1868, wilayah Basotho menjadi wilayah perlindungan Basutoland Inggeris. Pada tahun 1959, Basutoland menjadi tanah
jajahan Inggeris. Tujuh tahun kemudian, ia menjadi sebuah negara yang bebas
sepenuhnya, dan namanya ditukar dari Basutoland menjadi Lesotho, bermaksud tanah
Sotho.
2. San Marino
San Marino adalah negara Enclave, terletak di dalam negara Itali, yang dikelilingi sepenuhnya oleh negara Itali. Ia terletak di timur laut Itali, berhampiran dengan Laut Adriatik. San Marino adalah republik tertua di dunia. Menurut sejarah, ia didirikan pada tahun 301 CE oleh Marinus, seorang tukang batu Kristian yang berlindung dari penganiayaan agama di Gunung Titano.
San Marino tidak pernah menjadi bahagian dari negara yang lebih besar, dan ia
kekal diperintah secara terpisah. Ia adalah negara yang berkecuali semasa
Perang Dunia II, dan membawa masuk sekitar 100,000 pelarian Itali semasa
perang. Pada tahun 1992, negara ini menjadi ahli anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
Negara San Marino kecil. Ia memiliki keluasan tanah hanya 61 km persegi, menjadikannya negara ke-5 terkecil di Bumi.
Orang-orang San Marino, yang dipanggil San Marinese, berjumlah hanya 33,860.
3. Vatican City
Vatikan City, juga disebut negara Bandar Vatikan, adalah yang terkecil dari tiga negara kantong@ Enclave. Keluasan tanahnya hanya 49 hektar. Ia juga
merupakan negara paling padat penduduk di dunia dengan populasi berjumlah 900
orang, yang kebanyakannya adalah Paderi dan biarawati dari luar negara. Seperti
San Marino, negara Vatikan terletak di dalam negara Itali, sepenuhnya
dikelilingi oleh negara Itali. Sebenarnya, Vatican City dikelilingi oleh bandar
Rome, yang merupakan ibu kota Itali.
Vatican City terkenal
sebagai negara bagi penduduk Gereja Roman Katolik yang dianggarkan penganutnya berjumlah 1.285 bilion tersebar di seluruh dunia, menjadikannya pusat pentadbiran
Kristianisasi terbesar di bumi. Paus, yang merupakan ketua Gereja Katolik,
tinggal di Vatikan.
0 Comments