Anda tentu pernah mendengar istilah dalam perubatan, MRI dan CT scan. Doktor sering meminta pesakit menjalani prosedur tersebut. Hasil dari pengimbasan MRI dan CT scan, doktor akan mendiagnosis suatu penyakit dan memutuskan tindakan medis yang tepat untuk menanganinya.
Ramai orang tidak tahu perbezaan antara dua kaedah tersebut dan mengapa harus dipilih diantara keduanya. Kedua-dua jenis alat mesin pengimbas medis tersebut kerap dianggap sama. Faktanya, fungsi MRI dan CT scan berbeza.
Untuk imbasan CT (kiri) dan
MRI (kanan), anda akan berbaring di atas meja bergerak dan dimasukkan ke dalam
mesin bulat yang kelihatan seperti donat besar. Meja akan menggerakkan badan
anda ke lubang donat. Imbasan kemudian akan dilakukan. Mesinnya sangat serupa
tetapi gambar imbasannya sama sekali berbeza!
CT scan (Computerized Tomography Scan) dan MRI (Magnetic Resonance Imaging) kedua-duanya berfungsi untuk memberi gambaran detail mengenai keadaan sistem serta jaringan di dalam tubuh. Kedua-duanya digunakan oleh para doktor untuk melihat apakah terdapat keabnormalan di dalam tubuh, namun ia mempunyai perbezaan fungsi.
Peralatan yang Digunakan
Perbedaan CT scan dan MRI dilihat
dari alat yang digunakan. CT Scan menggunakan sinar X, sedangkan MRI
menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengimbas keadaan dalam tubuh pesakit dan seterusnya menghasilkan gambar atau imej organ
tubuh dengan jelas.
Lingkup Pemeriksaan
CT Scan dan MRI pada umumnya
digunakan pada ruang lingkup pemeriksaan yang berbeza. CT scan biasanya
dilakukan di daerah dada, perut, pangkal paha, tungkai, tulang belakang, dan
saluran kencing.
Sementara MRI umumnya dilakukan pada otak, jantung, saraf tulang belakang, payudara, pembuluh darah, jantung, serta organ dalam lainnya.
Potensi Risiko
Pemeriksaan menggunakan CT
scan adalah berbahaya kepada janin. Justeru, ibu hamil tidak disarankan
melakukan pemeriksaan ini. Selain itu, terdapat paparan radiasi semasa pengimbasan CT scan dilakukan tetapi kadarnya sangat kecil.
MRI dapat bereaksi terhadap
logam kerana MRI menggunakan gelombang elektromagnetik. Pesakit mungkin akan sedikit
terganggu dengan bunyi mendesing dari mesin. Pesakit mungkin berpotensi
mengalami peningkatan suhu tubuh. Selain
itu, sesetengah pesakit mungkin akan
mengalami gangguan klaustrofobia, iaitu terasa amat takut apabila berada di
dalam tempat yang sempit atau tertutup, mereka mungkin akan merasa tidak nyaman
dengan prosedur ini.
Orang yang dengan kondisi
tertentu seperti memiliki implan sendi buatan, memasang kontrasepsi IUD, dan
atau alat pacu jantung perlu dalam pengetahuan doktor sebelum menjalani
prosedur MRI.
Baik MRI mahupun CT scan kedua-duanya
berperanan untuk mendapat gambaran struktur dalam tubuh. CT Scan akan
menghasilkan gambar jaringan, organ, dan struktur rangka lebih cepat. Namun MRI lebih unggul dalam menangkap gambar
yang akan membantu doktor menentukan apakah ada jaringan abnormal dalam tubuh.
MRI memberikan gambaran lebih detail dibandingkan hasil tes lainnya.
Harga
Kos prosedur MRI dan CT scan
jelas berbeza. Kos pemeriksaan CT scan
pada umumnya lebih murah daripada MRI.
Rakyat Malaysia yang bekerja sebagai kakitangan awam, mereka sangat beruntung kerana kos rawatan ditanggung oleh pihak kerajaan. Manakala ibu bapa bukan kakitangan awam, jika ada anak yang bekerja dengan jabatan awam kerajaan, kos rawatan mereka boleh menggunakan nama anak tersebut.
Setelah mengetahui perbezaan antara CT Scan dan MRI, anda tentu akan lebih bijak dalam memilih prosedur yang tepat sesuai dengan keperluan. Jangan khuatir, biasanya doktor akan memberikan cadangan dan penjelasan jenis pemeriksaan berdasarkan kondisi dan keperluan anda. [klikdokter.com/ embodi3d.com]
0 Comments