Subscribe Us

Mengejutkan, Lidah Sapi Banyak Manfaatnya, Tip Cara Memasak

Jarang sekali orang memakan daging organ lidah sapi (lidah lembu), malah sesetengah orang lebih suka menjauhinya mungkin kerana geli selain mengandungi tahap kolesterol yang tinggi.  Namun melalui artikel ini anda akan mendapati bahawa daging organ lidah sapi sebenarnya memiliki banyak faedah kesihatan kepada kita.

 

Agak mengejutkan, sebenarnya terdapat banyak khasiat lidah lembu. Satu lagi perkara yang mungkin anda tidak ketahui dari daging organ lidah lembu adalah daging berotot ini mengandungi lebih banyak nutrien.

 

Berikut manfaat lidah sapi seperti disalin dari drhealthbenefits.com;

 

1. Penguat Sistem Kekebalan

Lidah sapi termasuk salah satu sebatian penting yang diperlukan untuk menjaga sistem kekebalan lantaran adanya kandungan zink serta potasium dan natrium.

 

2. Memerangi Anemia

Lidah sapi kaya akan zat besi dan vitamin B-12. Kedua-dua zat tersebut memiliki peranan penting dalam memproduksi hemoglobin.

 

3. Cegah Kelelahan

Zat besi dalam lidah sapi berperanan penting untuk memastikan sel darah merah mendistribusikan hemoglobin dan vitamin B-12 serta memastikan produksi hemoglobin bersedia mengikat oksigen.

 

4. Penguat Energi Alami

Ketika anda merasa lelah atau kekurangan energi pada pagi hari, itu bererti metabolisme tubuh anda bekerja lambat.  Maka dengan konsumsi lidah sapi ini, metabolisme anda akan terjaga

 


5. Mempercepat Penyembuhan Luka

Mengkonsumsi zink yang ada pada lidah sapi adalah salah satu cara untuk mempercepat penyembuhan luka kerana organ ini mengandung banyak zink.

 

6. Baik untuk Regenerasi Sel

Ada dua komponen utama yang diperlukan untuk regenerasi sel.  Pertama adalah oksigen dan kedua adalah sel darah merah. Ketersediaan sel darah merah dan vitamin B-12 akan memastikan fungsi optimal hemoglobin dalam darah untuk mendistribusikan oksigen ke setiap sel di seluruh tubuh.

 

7. Menjaga Kesihatan Sistem Saraf

Mengonsumsi lidah sapi mampu memenuhi keperluan harian kolin dan vitamin B-12.  Kolin berfungsi dengan baik dan vitamin B-12 akan memastikan ketersediaan mielin, senyawa yang digunakan untuk melindungi sistem saraf.

 

8. Menguatkan Sistem Jaringan

Lidah sapi sebenarnya mengandungi jumlah protein lengkap yang relatif tinggi. Sel memerlukan protein untuk memastikan kekuatan jaringan.

 

9. Menyeimbangkan Hormon

Mengambil lidah sapi mampu menyeimbangkan hormon yang berfungsi sebagai antibodi yang memiliki peranan signifikan dalam sistem kekebalan tubuh.  Ini kerana protein lengkap yang terkandung dalam lidah sapi.

 

10. Sumber protein yang unggul

Lidah sapi kaya akan protein lengkap, merupakan sumber protein yang unggul.

 

11. Sumber Esensial Asam Amino

Lidah sapi adalah sumber alami asam amino. Tubuh memerlukan asam amino untuk memastikan metabolisme yang sihat dan membangun protein.

 

12. Mengurangi Risiko Tekanan Darah Tinggi

Mengonsumsi lidah sapi sebenarnya mampu mengurangi risiko tekanan darah tinggi.  Jika tekanan darah terkendali bererti semua jenis penyakit kardiovaskular dapat dicegah.  Potasium yang terkandung dalam lidah sapi mampu menghilangkan kelebihan natrium.

 

13. Sumber Asam Lemak yang Sangat Baik

Asam lemak adalah salah satu jenis lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh manusia.  Asam lemak seperti Omega 3 dan omega 6 kebanyakannya didapati pada ikan tetapi secara mengejutkan banyak terdapat dalam lidah sapi. [drhealthbenefits.com/food-bevarages]



Gulai Lidah sapi
Berikut cara memasak gulai lidah sapi;



Bahan-bahannya:

1 kg lidah lembu

700 ml santan cair

 

Bumbu kasar:

3 lembar daun salam

3 lembar daun limau

1 ruas lengkuas, lenyek hingga agak hancur

2 batang serai, lenyek hingga agak lumat

gula dan garam secukupnya


Bumbu halus:

5 ulas bawang putih

10 butir bawang merah

10 biji cabai merah

1 sudu makan ketumbar, sangrai

1 sudu teh jintan, sangai

1 sudu makan gula jawa, sisir

4 butir buah keras

2 ruas halia

2 ruas kunyit

 


Cara Memasak;

 

1. Bersihkan dan rebus lidah lembu dengan garam secukupnya hingga terlepas dari kotorannya. Tuskan dan kuliti / buang lapisan kulit luar bahagian atas lidah lembu yang ada lapisan putihnya. 


2. Kemudian rebus lagi lidah lembu lebih kurang  20 minit hingga empuk. Angkat dan potong-potong sesuai ikut selera.

 


3. Tumis bumbu halus hingga harum dan masukkan semua bumbu kasar, termasuk gula dan garam secukupnya. Masak bumbu hingga matang.

 

4. Tuang santan dan kacau perlahan hingga agak mendidih. Masukkan lidah lembu yang telah dipotong-potong dan masak agak lama hingga santan berkurang atau mengental.

Tes rasa, tambahkan garam dan gula secukupnya. [fimela.com]

Post a Comment

0 Comments