Gunung Vesuvius meletus pada
tahun 79 M, telah menguburkan kota-kota Pompeii, Oplontis, dan Stabiae di bawah
timbunan abu dan serpihan batu, sementara kota Herculaneum di bawah arus lumpur.
Gunung Vesuvius yang terletak di pantai barat Itali, adalah satu-satunya gunung berapi aktif di benua Eropah dan dianggap sebagai salah satu gunung berapi paling berbahaya di dunia.
Dalam kejadian tersebut semua penduduk meninggal dunia serta-merta ketika bandar selatan Itali dilanda gelombang sangat panas piroklastik 500°C.
Aliran piroklastik adalah kumpulan gas panas dari bahan gunung berapi yang padat, mengalir dengan kederasan tinggi di setiap sisi gunung berapi yang meletus.
Aliran piroklastik lebih berbahaya
daripada lava kerana ia bergerak mengalir ke bawah sangat cepat, dengan
kecepatan sekitar 450mph (700 km / jam), dan pada suhu 1.000 ° C.
Seorang pentadbir dan penyair muda yang terselamat bernama Pliny menyaksikan kejadian bencana itu berlaku dari tempat yang jauh. Catatan-catatan yang menggambarkan apa yang dilihatnya itu ditemui pada abad ke-16. Tulisannya menunjukkan bahawa letusan itu menggambarkan bahawa penduduk Pompeii tidak menyedari akan bencana itu.
Dia mengatakan bahawa kepulan asap 'seperti payung pinus' meletus dari gunung berapi menjadikan bandar-bandar di sekitarnya gelap gelita seperti malam.
Para penduduk berlari menyelamatkan nyawa dengan membawa obor, ada yang menjerit dan menangis ketika hujan abu dan batu apung turun selama beberapa jam.
Walaupun letusan berlangsung selama sekitar 24 jam, lonjakan piroklastik pertama bermula pada tengah malam, menyebabkan tiang gunung berapi runtuh.
Hujan debu panas, batu dan gas beracun serta-merta menyusuri gunung berapi dengan kecepatan 124mph (199km perjam), menguburkan semua mangsa dan seluruh penempatan kehidupan seharian.
Ratusan pelarian yang
berlindung di arcade berkubah di tepi pantai di Herculaneum, sedang memegang
barang kemas dan wang mereka, terbunuh seketika itu juga.
Ketika orang ramai melarikan
diri dari Pompeii, ada yang bersembunyi di rumah kediaman mereka, kesemuanya tertimbus
dengan debu panas letusan gunung Vesuvius.
Walaupun Pliny tidak mengira jumlah berapa orang mati, kejadian itu dikatakan 'luar biasa' dan jumlah kematian dianggarkan melebihi 10,000 orang.
Apa yang mereka temui?
Walaupun kejadian menyayat ini
mengakhiri kehidupan kota-kota pompeii, namun pada yang masa sama ia telah
mengekalkan kesan tragedi bersejarah dunia sehingga penemuan semula oleh ahli
arkeologi hampir 1700 tahun kemudian.
Penggalian tapak sejarah Pompeii, pusat
perindustrian di rantau ini dan Herculaneum, sebuah pusat peranginan kecil,
telah memberikan gambaran yang tak tertanding mengenai kehidupan Rom suatu masa dahulu. Ahli arkeologi terus menerus menemui lebih
banyak lagi tinggalan peristiwa dari kota yang dilitupi abu tebal
Baru-baru ini para ahli arkeologi menemui sebuah lorong rumah-rumah besar, dengan balkoni yang tersisa kebanyakannya masih utuh dalam warna asalnya.
Beberapa buah balkoni bahkan
mempunyai amphorae - pasu terra cotta berbentuk kerucut yang digunakan untuk
menyimpan wain dan minyak pada zaman Rom kuno.
Penemuan ini dipuji sebagai 'complete
novelty' dan Kementerian Kebudayaan
Itali berharap kesan tinggalan sejarahini dapat dipulihkan dan dibuka untuk tatapan
umum.
Deretan bangunan ini jarang
dijumpai di antara runtuhan kota kuno, yang hancur akibat letusan gunung berapi
Vesuvius dan terkubur hingga enam meter di bawah abu runtuhan gunung berapi.
Kira-kira 30,000 orang
dipercayai mati dalam tragedi, dengan banyak mayat batu masih ditemui hingga
hari ini.
Penemuan Baru
Ahli arkeologi telah menggali dan menemui kereta kuda Rom berhampiran bandar Pompeii yang dikuburkan dalam kejadian.
Sebuah kereta istiadat ditemui di sebuah vila yang berdekatan dengan tembok Pompeii kuno, yang dikebumikan dalam letusan gunung berapi pada 79AD.
Kereta kuda empat roda yang
diawetkan dengan sempurna itu diperbuat daripada besi, gangsa dan timah ditemui
di kandang sebuah vila kuno di Civita Giuliana, sekitar 765 ela (700 meter) di
utara tembok Pompeii kuno. [pelbagai sumber/ dailymail.co.uk]
0 Comments