Kanak-kanak lelaki yang baru berumur lima tahun secara rutin, dibelenggu dan dipukul dengan cara di luar batas kemanusiaan yang jumlahnya hampir 30,000 orang di negara ini.
Siasatan mendapati penderaan
kanak-kanak yang sistematik di sekolah dikenali sebagai "khalwas"
Ada dalam kalangan mereka, didapati
kanak-kanak lelaki yang kekurangan zat makanan dalam keadaan tidak
bermaya dan terpaksa tidur di lantai dalam keadaan panas terik. Beberapa kanak-kanak yang sakit dibiarkan
tanpa bantuan perubatan.
Wartawan yang menyamar
merupakan bekas pelajar khalwa Fateh al-Rahman al-Hamdani membuat rakaman
secara rahsia di 23 khalwas dalam jangka masa 18 bulan.

Dokumentari itu menyusul berikutan
kes yang menimpa terhadap pelajar, Mohamed Nader dan Ismail yang melalui
hukuman penderaan kejam. Keluarga mereka
berjuang untuk mendapatkan keadilan terhadap orang-orang yang bertanggungjawab mengurus khalwa yang dikenali sebagai 'syeikh' yang
merupakan tokoh kuat dan berpengaruh dalam masyarakat Sudan.
Ketika berhadapan, syeikh yang
bertanggung jawab atas khalwa mengakui bahawa adalah salah untuk menghukum dan merantai anak-anak tetapi mengatakan bahawa memukul dan merantai adalah kebiasaan di
kebanyakan khalwah.
Batool Sharif Ahmed, seorang pendakwa raya di Omdurman, sebuah bandar berhampiran ibu kota Kharoum, menyifatkan pemukulan, belenggu dan penyiksaan kanak-kanak di khalwas sebagai 'amalan biasa'. Anak-anak ini dihantar ke khalwa dengan persetujuan ibu bapa mereka. [dailymail.co.uk]
0 Comments