Sejak dari zaman kerajaan Rom, orang ramai datang ke sini untuk mendapatkan kesembuhan penyakit daripada air hangat istimewa mata air bawah tanah yang kaya dengan sulfur dan mineral lain.
Cascate del Mulino telah menjadi destinasi paling popular bagi pelancong dan penggiat perjalanan Instagram, kerana ia menawarkan pemandangan sangat menakjubkan dari kawasan pedalaman Tuscan yang tersebar melalui media sosial.
Cascate del Mulino yang juga dikenali sebagai "Cascatelle di Saturnia", tempat yang luar biasa ini benar-benar kelihatan seperti syurga. Kolam-kolam putih yang mengalir sepanjang tahun dengan air berwarna biru kehijauan pada suhu 37 darjah Celsius yang berterusan, meluap pada pagi yang sejuk kelihatan seperti dari cerita dongeng atau mimpi. Ia juga merupakan salah satu dari beberapa spa semula jadi percuma di Tuscany, menjadikannya destinasi yang tidak dapat dilupakan semasa bercuti di wilayah Itali ini. [odditycentral.com]
0 Comments