Subscribe Us

Spesies Siput Unik Ini Hanya Terdapat Di Puncak Awan, Cameron Highlands


Endemik di kawasan yang sangat spesifik di Semenanjung Malaysia, “Siput Api”, ia dinamakan sempena dengan badan dan kaki siput ini berwarna merah menyala.  Siput Api adalah salah satu spesies siput yang paling jarang dan paling dicari di dunia.


Platymma tweediei, pertama kali ditemui pada tahun 1938, di Telom Valley, daerah Cameron Highlands di Malaysia. selepas itu, ia pernah dijumpai Temenggor dan Kelantan, tetapi kini tidak ada di tempat lain hanya di Cameron saja.



Menurut pakar pemuliharaan En Junn Kitt Foot, dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), spesies siput yang menakjubkan ini hanya dapat dijumpai dalam radius 100km di Cameron Highlands sahaja, kerana ia hanya sesuai hidup dengan sihat dalam keadaan yang sangat spesifik. 


Nampaknya siput api hanya dapat hidup di persekitaran yang sangat sejuk dan lembap, lebih-lebih lagi hutan awan iaitu hutan yang terletak cukup tinggi untuk awan terbentuk (sekurang-kurangnya 1000 meter dari permukaan laut).


Siput tanah asli terbesar di Semenanjung Malaysia, Platymma tweediei mempunyai cengkerang hitam khas yang boleh membesar hingga diameter 7cm, dan kakinya yang merah terang menyala itulah ia dinamakan 'siput api'. 


Oleh sebab kombinasi yang luar biasa ini, siput yang sangat jarang ini menjadi sangat popular di kalangan pengumpul dan peminat siput di seluruh dunia. Malangnya, popularitinya mungkin menjadi salah satu sebab mengapa ia semakin pupus.


Walaupun dalam radius 100km yang membentuk habitatnya, siput api sangat jarang dilihat dan terancam akan pupus. Hal ini mungkin disebabkan oleh aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran di Cameron Highlands, selain kesan aktiviti perdagangan siput api yang menguntungkan. Spesies ini sangat popular di kalangan peminat yang sering menggunakan kaedah penyeludupan untuk mendapatkan moluska yang jarang ditemui.


Sayangnya, seperti halnya kebanyakan makhluk yang endemik di hutan awan, siput api tidak bertahan lama ketika dikeluarkan dari habitat semula jadi mereka, dan mereka pasti tidak dapat dibiakkan dalam kurungan. Ini bermaksud bahawa peminat tidak mempunyai alternatif lain daripada terus mendapatkan spesimen dewasa baru untuk meneruskan hobi mereka.


Menurut kajian Junn Kitt Foot, siput api sangat popular di kalangan pengumpul di Jerman, Rusia atau UK, tetapi juga di Malaysia. [odditycentral.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan