Subscribe Us

Kuning Telur Ayam Berwarna Hijau Benar-Benar Wujud! Pakar Veterinar Terkejut

Video telur ayam dengan kuning telur berwarna hijau gelap telah tersebar di media sosial hari ini, membingungkan pakar veterinar dan masyarakat umum.

Awalnya ia dianggap hasil penyuntingan gambar digital, foto-foto viral akhirnya ditelusuri kembali ke akaun milik Ak Shihabudheen, seorang peternak ayam dari Malappuram, yang mengesahkan bahawa beberapa ekor ayamnya sebenarnya bertelur dengan kuning telur berwarna hijau gelap.
Untuk membuktikan dakwaannya, penternak muda itu menyiarkan video dirinya memecah telur ayamnya dan memang benar kuning telur tersebut berwarna hijau gelap. Baru-baru ini wartawan dan doktor haiwan dari seluruh India telah menghubunginya mengenai telur ayam peliharaannya yang aneh, bukan saja pakar, malah dia sendiri pun bingung memikirkan kejadian pelik itu.



Bermula Sembilan bulan yang lalu, Ak Shihabudheen pertama kali mendapati kuning telur dari ayam betina di ladang kecilnya bertelur dengan kuning telurnya berwarna hijau gelap, dan ini sangat mengejutkan Ak Shihabudhee. Beliau tidak makan telur itu. Semua telur ditetaskan. Dari enam ekor anak ayam yang menetas dari telur ayam induk, beberapa ekor dari mereka telah dewasa juga mulai bertelur dan kuning telurnya juga berwarna hijau.

Ak Shihabudheen dan keluarganya telah memakan telur tersebut dan mereka tidak mengalami gejala aneh. Dia menambah bahawa rasanya seperti telur  ayam biasa.
Media India melaporkan bahawa pakar veterinar tertarik dengan kuning telur berwarna aneh. Pegawai dari Kerala Veterinary dan Animal Sciences University, mengunjungi ladang ayam Shihabudheen untuk melihat sendiri ayam dan telur daripada ayam-ayam ternakannya, dan mengambil sampel untuk dianalisis di makmal mereka.

"Kami sudah mulai melakukan beberapa ujian untuk mengetahui punca di sebalik ini. Ini adalah fenomena yang jarang berlaku, dan ada kemungkinan besar terjadi dari makanan yang diberikan kepada ayam tersebut, ”kata Dr S Sankaralingam, Penolong Profesor Sains Unggas, Department Kerala Veterinary dan Animal Sciences University dan Haiwan Kerala Veterinary.

Namun Shihabudheen meragui alasan pewarnaan kuning telur aneh ada kaitannya dengan makanan yang diberikan kepada ayam-ayam peliharaannya.  Dia seperti biasa memberi makan semua ayamnya dengan beras dan sisa minyak kelapa, serta sisa dapur organik dari rumah.

Dia dengan sabar menanti hasil ujian pakar. [odditycentral]


Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
Deyyy.. Yini cerita ada butul ka deyy
Suhaimi@Pakmi berkata…
yini cirita ada butul2 punya la deyy...awa mau keh yini ijao punya ayam tulur haha
Anon berkata…
Ayam hulk ni oi