Subscribe Us

Cara Membuat Sup Daging Kuah Bening yang Sedap


Daging lembu boleh saja diolah menjadi sup dengan kuah bening yang sedap dan menyegarkan. Jika anda bosan dengan olahan daging berbumbu pekat, anda boleh mencuba sup daging ini, semestinya akan digemari anak-anak dan orang dewasa.


Cara membuat sup daging kuah bening cukup mudah. Siapkan dulu bahan-bahannya seperti berikut:

250 gram daging lembu, potong dadu
1 batang daun seledri
1 batang daun bawang
700 ml air
5 batang lobak
10 biji buncis
2 biji kentang
2 biji tomato
1/4 bahagian sayur kobis
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa cendawan
1 sdt serbuk lada sulah

Daging Direbus Dulu Setengah Masak




Cara-cara Memasak
1. Rebus daging sebentar, lalu buang air yang kotor. Ganti dengan air baru, rebus kembali daging sampai setengah masak. Air rebusan daging yang kedua ini jangan dibuang kerana akan dijadikan air rebusan daging . Sementara itu, cuci bersih dan potong-potong semua bahan sayur.


2. Rebus kembali air rebusan daging. Masukkan daging dan potongan lobak. Ketika lobak sudah setengah msak, masukkan buncis dan kentang.

Rebus sampai semua bahan sayur masak. Masukkan sayu kobis, tomato, daun bawang, dan daun seledri.


Tambahkan garam, perasa cendawan, dan serbuk lada sulah. Koreksi rasa. Setelah semua bahan sudah masak, angkat dan sajikan.
Selamat mencuba!. [fimela.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan